The Filtationship

kisahhidupdibalikpelangi.blogspot.com

Sunday, 30 March 2014

Apa Sebenarnya Cerpen Siri Flirtationship?

Assalamualaikum~
salam ahad buat semua..

hari ni aku nak cerita sikit pasal manuskrip Flirtationship aku..dalam skrip ini mengisahkan kehidupan aku sendiri dalam dunia PLU di sekolah yang aku belajar.Dalam cerpen bersiri ini aku menggantikan diri aku sebagai Nick Aimaan Waffiey.Cerpen ini aku tulis sendiri berdasarkah kisah sebenar kehidupan aku disana.

Tapi stail penulisan aku bermain dengan flashback sebab dalam cerita ni aku dah berkerja dan aku teringat kembali kisah aku 5 tahun lalu di sekolah itu.Sudut pandang cerita pula bermain dengan orang ketiga iaitu orang lain yang bercerita tentang diri aku.Complicated kan??so harap korang dapat terima dengan ape yang aku tulis ni..Segala suka duka yang aku lalui aku ceritakan untuk pengajaran buat kita semua.


Antara Watak Utama:



Nick Aiman Waffiey Nick Hazman
Seorang yang setia.
Suka dimanjai.
Pantang ditegur.
Kuat ego.

~Aman merupakan watak utama dalah cerpen siri ni.Menghadapi perbagai pengalaman hidup yang dia alami seorang diri.Bermula dari umur 10 tahun hinggalah sekarang berumur 22 tahun.Berkerja di syarikat milik Tan Sri Tengku Mukhriz yang juga ayah kepada kawannya Tengku Hazrin Adriaensyah.
Walau pn persahabatan mereka rapat namun tak semua masalh dan kisah hidup Aiman yang Azrin tahu.













Kamal Azman Dato' Mokhtar.
Anak kepada tokoh hartanah terkemuka.
Memiliki syarikat hartanah sendiri.
Suka kepada sesuatu yang bersifat keduniaan.
Terlalu cepat menilai sesuatu.

~Kerana sikap cepat menilai orang lain,Aiman ditinggalkan tanpa sebab.Teringat kembali degan cinta lama dia kini kembali menagih cinta.Mungkinkah peluang kedua buat KA.Setelah KA meninggalkan Aimaan dan meletakkan kesedihan yang mendalam tatkala hampir peperiksaan besar SPM.Hanya Aimaan yang boleh membuat keputusan...











Danial Iskandar.
Seorang yang kuat cemburu.
Suka meninmbulkan masalah.
Suka bersangka buruk.

~Sewaktu persekolahan dia dengan mudah mempermalukan Aiman sehingga memberi kesan yang mendalam pada Aiman.Ketika itu,maruah Aiman dipijak bagai tidak ada harga yang sesuai. Hampir sahaja Aiman digantung sekolah dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan.Namun selepas 5 tahun dengki masa lalu bertukar kepada cinta yang mendalam.






Banyak lagi watak dalam cerita ni sebab semua watak adalah aku ambil dari pengalaman aku sendiri.Mungkin penulisan aku ni kurang baik sebab ini merupakan percubaan aku yang pertama setelan diari penuh aku hilang masa form 5.Aku syak si Danial Iskandar ni yang ambil sebab dia tahu banyak perkara pasal aku kat sekolah dulu sampai dia malukan aku satu sekolah.Tapi aku langsung tak simpan dendam kat dia walaupon rasa geram tu ada.

Seres aku cakap ape yang dia buat tu pedih tapi,aku biarkan je sebab aku jadikan ape yang dia buat tu semua pengalaman hidup aku yang akan mengajar aku nanti..

Harap korang semua suka lah dengan tulis aku ni.Sokong aku ye...







p/s:Sy sebenarnya lebih selesa kalau membahasa diri sy awak,tapi takut korang pulak yang tak selesa...



Friday, 28 March 2014

Air Mata 1 March 2014...

Assalamualaikum~
warga blog semua~

korang mesti ada kisah silam kan??..kisah silam yang akan membuatkan anda semua menangis tanpa sedar...tidak mengapa jika anda menangis kerana kesedihan itu satu resam dalam kehidupan...ia bersifat semula jadi dalam diri,dalam tindak luar kawal manusia...dengan kata lain,"menangis itu biasa"...



Kazif,1 March 2014,9.25 malam.

"Dalam badan kita ada banyak AIR. Tapi bila badan yang terluka, DARAH yang keluar.
Dalam hati kita ada banyak DARAH, tapi bila hati terluka, AIR MATA yang keluar....
"

Itulah antara kata-kata dia yang aku paling tidak boleh lupa,saat aku bersedih dia pasti ada disisi,saat aku gembira kami pasti kongsi bersama.

Namun,semua hanya tinggal kenangan yang hanya akan menitiskan air mata,kenangan yang hanya akan membuat aku tersenyum tanpa sedar.

Hari ini dalam sejarah,subuh 1 March 2014 hadir dengan titisan air mata diatas tikar sejadah,suram subuh pagi ini disambut tanpa kehadiran 29 February 2014...Tarikh dimana bermulanya sejarah indah dalam kehidupan aku. 


***************


29 February 2012.Bermulanya kehidupan aku di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri Perak Darul Ridzuan. Kehadiran aku disambut baik oleh semua rakan baru,tapi dalam sambutan mereka yang baik itu aku dapat rasakan sebuah kelainan pada seorang kawan baru aku.Cukup aku perkenalkan dia dengan KA.Selalu tersenyum apabila memandang aku walaupun baru sehari perkenalan.Seperti seorang lelaki yang cuba mendapatkan hati seorang wanit.Itulah yang aku fikirkan.

29 Febuary itu membawa satu harapan baru buat aku,bermula dengan perkenalan aku yang agak rapat dengannya.KA merupakan seorang pengawas.Dia jugalah yang bertanggujawab mengendalikan urusan pendaftaran pelajar baru ambilan kedua yang aku turut sama disekolah baru itu.Indahnya perkenalan kami hanya aku dan dia yang tahu.

Habis satu kawasan sekolah kami lawati,petang itu..aku turut sama dengan kawan sekelas aku dalam kelas prep petang.Aku perasan KA asyik memandang aku dari belakang.Hish..dah kenapa??..Aku tahu dia juga seorang PLU..sama seperti aku..Aku hanya berlagak biasa seperti tiada apa-apa berlaku.Sehinggalah aku dan KA berada dalam satu kumpulan study pada malam itu..aku mula rapat dengan KA dan semakin menarik minat aku untuk terus menggenali siapa dirinya.

Malam itu,aku keluar lambat dari kelas,kawan-kawan yang lain sudah ke surau untuk solat Isyak yang dilewatkan sedikit ke jam 11 malam.Aku pulang lewat kerana KA meminta aku menemani dia membuat rondaan di blok akademik kerana KA bertugas pada malam ini.Hampir 11.20 malam baru kami beredar dari blok akademik,ku lihat semua pelajar sudah keluar dari surau untuk menuju ke dewan makan.

Malam itu,aku solat Isyak berimamkan KA.Lunak sungguh suaranya membaca setiap bait ayat dalam solat.Aku hanya khusyuk mengikuti gerak rukun solatnya.Aku semakin terpaut dengan dirinya.Makan lewat malam habis jam 11.45 malam namun kami tetapi pergi ke dewan makan walaupun sudah menjangkau masa yang telah ditetapkan.Kami makan bihun sup yang disediakan oleh dewan makan dengan keadaan yang agak suram kerana sebahagiaan lampu sudah dimatikan tanda dewan makan tidak beroperasi.Sungguh romantik keadaan itu.Kami makan mengadap antara satu sama lain.Ohh..sambil mata KA,asyik memandang aku..aku masih lagi berlagak biasa..mungkin ini satu permulaan buat aku..


****************


Itulah kenangan hari pertama perkenalan antara aku dan KA.Aku amat merindui pengalaman itu.Kenangan yang masih lagi terpahat dalam ingatan ku..tidak dapat aku lupakan..

KA.
Seorang pengawas sekolah.
Berkaca mata.
Seorang yang peramah,dan mudah bergaul.
Lahir dalam keluarga yang berada dan kaya.
Suka tersenyum.
Seorang yang agak teliti.

tapi...
agak kurang keyakinan diri.
kurang menepati masa.
sering mengungkit-ungkit.
agak bersikap kedekut.
dan suka bermegah.

Tapi semua sikapnya itulah yang membuatkan aku tersenyum dalam diam.Ketawa dalam suram.Menangis dalam dalam kelam...


"dah la,jangan sedih sangat...saya kan ade untuk awak"---KA.

"kenape menangis ni,ape yang sedih sangat?..meh cite kat saya,mana tau awak lebih lega nanti".----KA.



Aku tahu cinta kita ini terlarang...
aku harus melupakan KA.
aku harus rela dalam keterpaksaan.
demi sebuah kehidupan yang akan datang.



cinta terlarang by Kangan Band

KA,semoga engkau bahagia dengan kehidupan baru kau.Aku tahu kau layak mendapat yang terbaik dan lebih elok dari orang lain dan bukan aku.Lupakan segala kenangan yang mengikat kita.Aku berjanji ini adalah air mata aku yang terakhir yang aku titiskan buat kenangan kita.Aku harap kau reda dengan keputusan aku ni...

Kau tetap dalam doa aku...


                                                                                           Izz






Ini adalah seperti yang tertulis dalam diari aku yang aku beri mana sebagai Kazif.Nama tu aku ambil dari gabungan nama kami,huhu..aku kongsi bersama dunia aku untuk semua sebagai pengajaran buat semua dan mungkin dapat memberi inspirasi buat semua.
                                                     inilah yang menjadi teman aku,Kazif~~


"Kadang-kadang kita perlu melupakan sesuatu yang kita sayang demi sebuah kebahagiaan yang akan datang."

"Pengorbanan cinta itu terlalu beasr buat mereka yang faham erti cinta"




Wednesday, 26 March 2014

Rugi nyer!!

Assalamualaikum~salam petang...nak citer sikit,korang mungkin ada yang dah kawin kan?ni nak citer pasal kawin la..pasal abang aku sorang ni...dia baru je kawin..dia buat drama korea+melayu+indonesia apabila dia kata kat family kitorang dia nk kawin..

omaigoshh..apakah ini???
yes..itu adalah realiti~



plot drama yang dia buat:

20/3/2014 
ari ni aku amik result,and result biasa2 je,dapat 3A+,2A,1A-,2B+,1C+..so dlm tengah hari tu dia call aku tanye result so aku bgtau la,then dia tanye mak mana aku kata mak takda,aku kata mak kuar gi umah cik Peah(mesti gosip pasal result aku dgn tanyer result anak cik Peah)...mlm tu dia call lagi then tanye mak mana,kol 10 mak dah tido.



21/3/2014
lepas solat jumaat dia call abah,dia kata nak kawin,omaigoshhh!!
drama!!!
sumpah drama!!
rasa cam nak gugur je jantung..



~Ohh..lupe nak citer..abg aku ni keje kat Ipoh.pastu duduk dengan adik awek dia,kira tumpang umah dyorang la,awek dia plak duduk kat area KLIA,sebab keje situ..

abg aku cakap sebab nak kawin ialah sebab takut hal tak elok jadi,ok kami cool down jer..



22/3/2014 
kami satu keluarga Tok Hamid dok bincang kat ruang tamu umah aku kat Teratak Nenda Awalang.(umah aku)..semua pakat ramai2 setuju so xde la pertikaian dari keluarga sebelah lelaki.Pihak perempuan plak parents dia dah meninggal,so tinggal la dua beradik ni kat Taman Desa Pelancongan,Ipoh.

Dyorang tak rapat sangat dengan keluarga belah arwah ayah dyorang,cuma dyorang rapat dgn adik beradik arwah mak je..tapi dyorang masih plan nak rahsiakan dulu pernikahan dyorang..gila kan??
dah macam drama melayu+korea+sinetron indon.




23/3/2014
6.30 petang aku dgn keluarga aku berangkat ke Ipoh,sampai sana pkol 10 mlm.Ni sebab ayah aku keje,so gerak lambat(hari ahad pon keje).

Abang aku nama,Na**f,bakal akak ipar aku tu nama Ada,adik dia Adan,dan sepupu dyorang nama Wira.Wira ni jenis yang apok2 sikit,dan sampai je aku dok tgok ramai betol orang kat dalam umah.Dalam 10-15 orang jugak la.Semua tu kawan Wira dgn Kak Ada,dan fyi semuanya tergolong dalam dunia PLU..ada yang lembut2,ade yang dress up macam perempuan dan ade gak yang nampak straight tadi bengkok dalam,haha..

then dalam aku usha2 dyorang aku ternampak la ade satu mamat ni,seres handsome gile la..aku dah melting giler,
yang tgah main fon tu,soe gamba x jelas 
sebab aku curik2 snap..haha

Jam pukol 10 lebih aku tgok hantara semua belum siap,aku pon tolong la dyorang buat,FYI 16 dulang hantara kebanyakkannya adalh hasil karya aku..(haha,bangga sikit)...
Malam tu aku tidor pkol 3 pagi,semata2 nak siapkan hantaran abang aku,ohh my!!gantok giler..
Tengah tidur pukul 4.30 pagi aku terjaga then Adan ajak aku lepak umah kawan2 dia,aku ikut je la..
sampai je,aku tgok mamat handsome tu ada la...wah huntung giler dapat usha lagi!!Dalam pukul 5.30 kami balik umah balik..aku tak boleh tido lagi..pukul 6 aku mandi dan siap2 untuk solat subuh..
hasil karya aku jam 3 pagi!!

24/3/2014
hari ni majlis akad nikah,rancangannya lepas Asar.Pagi tu kami pergi Tesco Ipoh untuk beli barang dapur.Oleh sebab Kak Ada dengan Adan tak rapat dengan keluarga belah arwah parents diorang,just kami je yang buat persiapan.

Masa tengah potong bawang dengan sayur ade jugak Kak Ada luahkan rasa malukat aku,malu kat mak dengan abah aku sebab kawan2 dia tu,ye la,kawan dia semua "perempuan" tak jadi,then perangai spesis ni biasala cam tak leh blah sikit..haha...dia ade gak cakap..

"eh adik,adik perasan tak ade mamat yang hensem yang selalu dok berkepit dengan seorang perempuan yang rambut panjang pakai baju ketat malam tadi."
aku angguk je.
"Dia tu gay tau,perempuan yang dia dok berkepit tu sebenarnya lelaki tau,sebab pakwe dia tu la dia dress up sampai macam tu sekali,nak jaga hati suami katanya.."

OMG!!!
mamat handsome tu sama spesis dengan aku!!
haha...


Pukul 4 petang.
Masa akad nikah seres aku happy giler,bukan sebab abang aku nak kawin,tapi sebab mamat handsome tu betul2 depan aku..haha..


yang pakai baju merah.

ALAMAK!! perasan aku,tu yang bisik kawan dia tu.


aku dok usha je dia,tapi lama2 aku tengaok dia macam perasan aku usha dia,ALAMAK!!
dia asyik bisik2 je dengan abang Wira,sepupu Kak Ada,then dyorang sama2 pandang aku...Perhggghh!!
malu giler shialll!!
lepas majlis akad nikah,ade pulak satu mamat dok pandang2 aku,dia ni kawan mamat handsome tadi, perhghh...muka not bad..tapi aku malas nak layan....sebab takut dyorang saja nk game aku..haha..PEMIKIRAN cam HARAM!!

sumpah anoying giler mamat baru ni,dah la usha aku terang2,then datang dekat,tanya soalan random macam2..aku pulak carik macam2 alasan untuk lari dari dia,haha..malas nak layan..

malam tu jugak kami balik.Sebelum balik dia sempat datang jumpa aku,mintak number fon,tapi aku tak bagi,malas nak layan,siap salam aku,saje je salam lama2..geram plak aku..
then siap pesan jaga diri(caring la sangat!!),..
tapi hari ni aku rasa rugi pulak tak bagi number fon kat dai..haha..k bye...

Tuesday, 25 March 2014

The Flirtationship [part 3]

3:Kawan Baru.
“Ayim ni la dorm kita”Zainul mula berbicara.
“Ohh…”itu sahaja respon Aimaan.
“Tu loker kau,400 kan.Tu ha.Yang ni loker Amir Zain budak kelas Haitham dan yang ni loker Azrul budak kelas Biruni,satu batch dengan kita,katil kau yang tu,”tanggangnya sambil menunjukkan kearah katil tengah yang bahagian bawah itu.

Zainul hanya mendiamkan diri sambil terus menukar pakaian di loker yang paling hujung,nombor loker 397….Aimaan pula nombor 400.Tak jauh mana pon,ye la satu dorm kan.

“Wehh,aku nak turun dorm bawah.Kau nak ikut x?”
“Hrmmm..taknak la..”aku beralasan..
“ok”

Zainul mula melangkah keluar dorm dan menuruni anak tangga yang terletak betul-betul dihadapan dorm. Asrama Lelaki 34.Nama dorm Aimaan.Terletak di tingkat 4 dan searas dengan Rumah Amber,Amethyst dan Turquoise.

*for your information:
AMBER
AMETHYST
TURQUOISE
EMERALD
RUBY
CITRINE

Jam hampir pukul 2.45 petang.Jam 3.30 nanti ada kelas prep petang.Hish malasnya.Time-time sedap tido ni la dyorang nak buat kelas prep.

‘Panas..baik aku pergi mandi…’gumamnya di dalam hati.
Aimaan pantas mengambil toiletries dari dalam loker dan menuju ke bilik mandi sambil menyangkutkan tuala pada bahunya.

Dia melihat seorang lelaki sedang membasuk muka sambil menggosok gigi di bahagian sinki.Melihatkan tubuh yang agak besar  dan tingginya dia beranggapan mungkin senior form 5.
Dia lantas mengambil tempat di sinki yang paling hujung untuk mencuci muka.5 minit berlalu lelaki tadi mula mendekati Aimaan.

“Budak form 4 second in take ke?”

Aku hanya menggangguk.Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman.Aku menyambutnya dengan senyuman yang ku buat-buat.

“Akmal Hisyam”lelaki itu mula mempekenalkan diri.
“Senoir form 5.Dorm 36”
Aimaan hanya mengangguk.
“Awak?”
“Ohh..saya Nick Aimaan Waffiey,budak second in take,dorm 34,Amber.”
“Ohh..Amber,abang KR Amethyst,duduk dorm 36 hujung tu.Duduk dgan KR-KR yang lain..
“ohh..abang,maaf nak tanye KR tu ape??”
Abang Akmal hanya tersenyum.

“KR tu ketua rumah.Biasalah kalau budak-budak intake yang baru tak tahu short form yang kami gunakan.biasalah sekolah SBP la kan..”sedikit tersenyum dia.
“Ok la.abang nak mandi jap.Nanti ade masa kita borak lagi.By the way,petang ni ada apa-apa program ke?”Abang Akmal bertanya lagi.
“Takda apa-apa,pergi kelas prep je la.”
“Ehh..budak baru dikecualikan kelas prep kan”

“Oh,yeke,tak tahu pulak saya.Mana saya nak tahu bende-bende macam ni?Saya tak ada maklumat pun pasal aktiviti yang dijalankan.Mana nak dapat ye?”
“Kau jumpa Abang Haikal dorm 2,dia ketua PRS,dia tau la macam mana nak settle nak settle masalah kau,memang dia la yang hendle orentasi sekolah sebab dia ketua PRS”
“ok..thanks Abang Akmal…”
“Hurmm..welcome…”
Abang Akmal terus berlalu dan masuk ke salah satu pintu bilik mandi itu.Aimaan hanya tersenyum.Entah kenapa.Mungkin kerana kebaikkannya itu.Senang hati aku dapat berkenalan dengan abang senior form 5 yang baik.


Siap memcuci muka Aimaan pula memilih bilik mandi yang kedua terakhir untuk membersihkan diri.Sambil itu Aimaan sempat berfikir dengan apakah yang akan dia lalui nanti.Siapakah teman-temannya nanti.Dapatkah dia menyuaikan diri dengan keadaan baru dan kawan-kawan baru.

Hish…tak keruan Aimaan dibuatnya.Hampir sepuluh minit dia selesai membersihkan diri.Dia lihat Abang Akmal sudah tiada.Mungkin dia sudah lama habis mandi.Itulah tabiat Aiman yang suka mandi dengan mengambil masa yang lama.Dia terus berlalu ke bilik dorm setelah meletakkan barang toiletries didalam baldi kecil dan meletakkannya di tempat rak toiletries di tempat yang disediakan.

**********





Akmal masuk ke dalam dormnya dengan perasaan yang berbunga-bunga.Nampak senyuman diwajahnya. Hafiz sedang berbaring diatas katil sambil membaca buku rujukan sejarah.
“Weh,Beto..aku dah jumpe anak ikan baru,budak second in take.Budak rumah kau jugak.Aku dah cop ye,kau jangan nak caras aku”

Hafiz memang lebih senang dipanggil Beto.Beto yang tadi sedang asyik mengulang kaji terus membetulkan kedudukannya dengan ruak muka ingin tahu.

“Wehh,sape aku nak kenal jugak hensem tak?”
“Hensem giler kot,budak Amber kot,rumah kau”

Ohh lupa,Beto atau Hafiz merupakan KR Amber.Dialah yang akan menguruskan hal-hal rumah yang asyik memeningkan kepalanya.Namun rumah Amber tetap akan menjadi dominasi berbanding rumah-rumah yang lain.Amber pasti akan menang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Semangat rumah yang tinggi la katakana.

“Ohh…weh nanti aku nak kenal lah..kau jangan lupakan nak kenal kat aku pulak..tapi macam mana dengan Afiq?kau nak tinggalkan dia ke?”
“Afiq tu?malas aku nak layan,buat sakit hati je…asyik pau duit aku je,pastu kuat sangat cemburu..biar lah dia..tapi buat masa sekarang aku layan je,lepas dapat budak bar utu nanti aku break la dengan Afiq tu.”
“kau ni tak baik tau macam tu,tengok aku ni,setia je dengan Dayat tu..hahaha”
Beto ketawa dengan kuat,Akmal hanya membuat muka kurang senang dengan kata-kata Beto.
“Alah,pandai makan,pandai simpan la”
Beto hanya mendiamkan diri.

Biasalah budak-budak form 5.Lagi-lagi budak lelaki yang bersekolah kat SBP.Ramai yang mencari anak ikan untuk menjadi peneman tidur atau memuaskan nafsu songsang.Tak dinafikan ade jugak yang straight tapi mencari anak-anak ikan untuk melempiaskan nafsu tapi hakikat mempunyai teman wanita di luar sekolah.Hish..ape nak jadi la sekarang.Semua boleh ikut suka hati diyorang.

**********






Selesai mandi Aimaan terus menyiapkan diri untuk menemui Abang Haikal.Ada lagi masa ni,kelas prep mela jap 3.30 petang…ni ada baki lagi setengah jam.

‘Baik aku pergi cepat karang tak sempat jumpa dia,tak tau pulak maklumat program’
Berbekalkan maklumat yang diberikan oleh Abang Akmal tadi,Aimaan turun ke dorm 2 yang terletak di rumah Emerald.Sesampai sahaja Aimaan di dorm 2 dia dapat menghidu bau yang kurang menyenangkan.Mungkin dari baju dan keadaan dorm yang kurang diselenggara dengan baik mungkin.
Aimaan melihat seorang sedang menggunakan telefon bimbit duduk di katil dorm itu.
‘Zainul??Dia buat apa kat sini’

Aimaan terus memberi salam dan memberitahu kepada seseorang yang sedang mencari sesuatu di loker yang paling hujung tentang niatku untuk bertamu dengan abang Haikal.

“hrmm..saya nak jumpa dengan abang Haikal,dia ada?”
“ohh,ada jap ye,dia gi toilet jap,masuklah..”pelawa budak itu.
“eh taka pa saya tunggu kat luar.”

Budak itu hanya mengagguk.Tiba-tiba Zainul yang tadi asyik bersembang dalam talian datang dekatku.
“Jom masuk aku nak kenalkan kau dengan kawan kite.Satu kelas jugak dengan kita.Masukla..”
Hann dan Zainul menuju ke side sebelah dorm yang hanya dipisahkan oleh barisan loker yang tersusun.
“weh korang,ni Ayim classmate baru kita tadi,Nick yang ni Kamal Azman atau kami panggil dia Kamal je,tu Huzairil atau Ayil dan yang ni Amin dengan Khairul,budak Ruby.”
“hai sume,saya Nick Aimaan Waffiey,panggil je Ayim,budak second intake baru.”

Aimaan sempat bersalaman dengan semua.Mereka sedang khusyuk bermain kad poker atau pakau yang diorang paggil.

“Zainul…mana budak tadi,ni ha Ekal nak jumpa ni”
Budak yang menyambut kedatangan aku tadi terjerit-jerit dari side A.
Aku meloloskan diri dari pertemuan dengan kawan-kawan aku itu.

“Haa…ade ape kau nak jumpe aku?”
“tadi abang Akmal suruh jumpa abang dan tanye pasal program orentasi kami”abang Haikal agak pelik dan terkejut dengan soalan Aimaan.
“Ehh…budak second intake mana ade orentasi..ni mesti dia nak main-mainkan kau ni..dah la kau kena tipu je ni,dia selalu sangat menyakat budak-budak baru..”
“ohh yeke,okla abang saya balik dorm dulu”

Dalam perjalanan ke dorm dia menyumpah seranah abang Akmal dalam hati.Geram betol dengan abang Akmal,boleh pulak dia menipu dan mempermainkan dirinya .Hish..malunya aku,mana aku nak letak muka dengan abang Haikal ni,nanti kau abang Akmal.Geram je hati Aimaan.

Di tingkat 4 Aimaan berselisih dengan abang Akmal.Abang Akmal hanya tersenyum melihat Aimaan.Dia pelik melihat muka Aimaan yang masam mencuka.Hai dah kenapa biudak ni?haha..dia berhaenti seketika untuk bertanya kepada Aimaan.

“Aiman dari mana ni?”
Aiman hanya senyap tanda mempedulikan siapa yang menegurnya di tangga itu.Dia tidak dapat menahan rasa marahnya pada abang Akmal sehingga tidak perasan dengan orang disekeliling.
Sampai di anak tangga terakhir.

Alamak…..







Bersambung...