The Filtationship

kisahhidupdibalikpelangi.blogspot.com
Showing posts with label Bayang Putih. Show all posts
Showing posts with label Bayang Putih. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

keBUSYan melanda~

Assalamualaikum dan selamat pagi~~...

hoho...hari yang memenatkan...

Sorry sebab lambat nak post novel Aingin Rindu.Seminggu ni sumpah busy gile busy tahap gaban lah..hehe..tu pon sebab aku sebok buat invitation card untuk wedding abang aku...seres buat keje giler..dah khawin dulu aku buat hantara sampai 2-3 pagi..then dia gi suruh aku buat kad khawin dia plak...huhu...seres penat...dah tu banyak songeh pulak...hish..menyumpah dalam hati aku~tak nak tempah kat kedai sebab konon x smart la ape lah...aku jugak yg korang laki bini susahkan..

btw selepas seminggu menghabiskan masa depan lap top ni lah hasilnya..



huhu...sabar je lah...oklah...anywhare nanti korang tunggu je lah novel Angin Rindu...sekarang tgh edit bab 1...huhu..bg cantik sikit..then korang bacalah puas-puas..






p/s:sabar menunggu-Angin Rindu~

Thursday, 17 April 2014

Aku sudah Sedia~

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..

Semak UPU dah??
Harap korang dapat lah ape yang  korang nak??

Aku belum dapat apa-apa lagi..
Actually aku tak naklah ambil tawaran apa-apa yang dapat...
Aku nak tolak je semua..
Malas aku nak layan..temuduga sana sini...
Chorr...ingat aku rajin sangat ke??
Aku dah nekad aku nak ambul UiTM je...


UiTM Arau~
Sebab??
Adalah....
Diantaranya..

1.Aku nak  amik Diploma in Planting Industry Management..dan Arau merupakan UiTM terbaik yang menyediakan peluang program ini selain Jengke di Pahang dan Bintulu,Sabah.


2.Program ni senang dapat kerja sebab interviewer akan datang kampus untuk carik perkerja..mean peluang kerja menanti..hahaha..


3.Option lepas amik program ni luas giler...banyak option untuk melanjutkan pelajaran..


4.Program taklah berat sangat dan tidak terlalu banyak atkitive dalam kelas,kebanyakkan luar kelas..


5.Program ni agak dekat dengan diri aku sebab aku dah biasa dengan kerja2 penanaman sebab aku duduk kat kawasan kampung n penah jugaklah tolong mak aku bercucuk taman..haha...


6.Ayah aku pon sokong program ni sebab dia merupakan agak berminat dengan kerja ladang ni..haha...


7.Pertanian adalah perniagaan...hahaha...




See...
Banyakkan alasan aku...hahaha..
doakanlah aku kay...








p/s:Novel terbaru bertajuk Angin Rindu akan menyusul menggantikan novel The Flirtationship.Harap penulisan yang akan datang akan menarik minat pembaca.




Seterusnya:
Sinopsis Angin Rindu
à J 

Tuesday, 15 April 2014

Harap Maaf Wahai Pembaca Sekalian~

Assalamualaikum dan selamat petang...

16/4/2014..

hari ni aku betul2 tekad nak berubah...dah terlalu banyak masa yang aku bazirkan untuk forbidden love yang aku bangga-banggakan selama ini...cukup pengalaman dua tahun aku berteleku dalam dosa..

kadang-kadang dalam kudus doa terselit tasbih air mata yang jatuh berderai tanpa diduga...
kadang-kadang sepi angin malam hadir dengan rindu yang pinta ditemankan...
kadang-kadang kelam memori cinta semalam hadir dalam kolam air mata..


semakin aku tangguhkan episod cinta itu..semakin aku hidup dalam kegelapan malam tanpa hadirnya siang....terjatuh dalam kolam dosa yang aku bina sendiri...






sudah sampai masa untuk aku tinggalkan memori duka semalam...sudah sampai masa aku biarkan ia berlalu pergi dalam kenangan...

akan bermulalah sebuah episod kehidupan yang baharu...selamat tinggal wahai ingatan silam...selamat datang wahai cahaya nurani...

aku tahu saat sang malaikat itu tanpa diduga...saat sampai ajak tidak tertulis didada...takdir itu datang dengan sendiri..tanpa petunjuk yang tetap...






****************



Harap maaf...penulisan novel The Flirtationship akan ditangguhkan atau mungkin akan dibatalkan pembikinannya...novel ini akan diganti dengan lain yang akan mengetengahkah kisah percintaan millennium yang semakit complicated...





p/s:harap maaf atas kesilapan dan kesalah yang berlaku...entry berikutnya sy akan ceritakan sinopsis ringkas novel ini...


Saturday, 5 April 2014

Apabila kita diuji...

Assalamualaikum...
salam hujung minggu kat korang~
harap korang baik-baik dengan sehat sahaja...

ni nak cerita sikit....korang pernah masuk debat@bahas?
yess...aku adalah seorang pendebat sekolah dan pernah pon mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan...
namun terkandas di separuh akhir...

bukan itu yang aku nak ceritakan...

ni pasal kawan-kawan aku..sekolah lama aku..aku latih dyorang debat 2 minggu..untuk 2 pertandingan serentak...pertandingan pertama dianjurkan oleh KPM...yang kedua pula oleh JAIS..tapi yang masalah nya tarik dekat2...KPM=2/4...JAIS=5/4..see???

masa kokoria(under KPM)..tajuk usul boleh tahan ok la..PBS mampu melahirkan generasi yang seimbang..dapat pembangkang...tapi kami kalah..dengan beza 2 mata..sedih..tahun lepas kalah 1 mata.. tapi tak kesah la sebab kami nak fokus dekat debat JAIS sebab kebarangkalian untuk menang tinggi..

Target kami adalah nak mengalahkan sekolah yang dah menjadi johan setiap tahun walaupon kami tahu kami takkan  boleh tapi atleast naib johan pon dah cukup...

Tajuk:Penggunaan Gadjet di Sekolah Meningkatkan Jati Diri Pelajar.
Posisi:Pembangkang

Aku memang dah plan sehabis baik la kan nak bangkang macam mana..sebab tajuk ni senang nak bangkang...

Tapi...

Ni yang nak cerita ni..boleh pulak sorang cikgu ntah sekolah mana ni nak tarik penyertaan kami..lepas masa kuarantin yang lain dah masuk tapi sebelum pembangkang kedua ni masuk,tangan dia ditarik oleh seorang cikgu sekolah mana tah..

Dia kata urusetia panggil dia...
Kami ape lagi gelabah la..tak cukup orang dalam 5 minit lepas tu peserta tu datang balik dikatakan penyertaan dia dibatalkan...alasan sebab dia dah masuk dia acara iaitu Syarahan dengan Debat...!!

OhhMaiigosh!!!
Apakah???

Dengan gelabah aku terus tarik seorang pelajar lelaki jugak dari sekolah aku untuk jadi pengganti sedangkan dia tak tau apa-apa..

maka perdebatan berjalan dengan sangat tidak teratur sebab pasukan pembangkang tak buat persiapan yang mencukupi..nasib baik la pembangkang ke3 boleh  cover mana-mana yang patut.

korang walau pon korang kalah aku tetap bangga dengan korang sebab korang dah buat yang terbaik... korang dah kalah dengan bermaruah sebab semua guru sekolah korang back up korang...
Pengetua sekolah korang sempat pulak marah dekat pihak pengurusan sampai semua urusetia pengurusan pertandingan terdiam...hihi..

Sebenarnya dah dipersetujui dalam mesyuarat seorang peserta boleh masuk dua acara.Tu yang pihak pengurusan mintak maaf dekat pihak sekolah...

Nampak tak???.... sangat bermaruah kan dyorang kalah???

Sampai pihak pengurusan yang mintak maaf kat sekolah diorang..

Btw..semua yang masuk debat tu dua acara~
walaupon kalah debat tapi dyorang menang acara lain:-

ketua pembangkang-nasyid lelaki (ke-3)
pembangkang kedua-Syarahan bahasa melayu perempuan (johan)
pembangkang kedua(gantian)-Syarahan bahasa melayu lelaki (ke-3)
pembangkang ke-3-Syarahan bahasa arab perempuan (ke-3)
pembangkang ke-4-Forum lelaki(ke-3)
pembangkang ke5-nasyid perempuan (ke-2)

Tahniah korang!!aku tetap bangga dekat korang~


p/s:novel Flirtationship part 4 mungkin aku post malam ni~sabar kay...



Tuesday, 1 April 2014

Kesedihan Buat Si Dia.





"Sedih itu biasa"

Hari ini hari yang paling menyedihkan bagi watak Zainul Muttaqin,tadi jam 7 malam dia memberi tahu Izz yang dia telah break dengan couple dia,dyorang couple sejak form 2 sebelum Izz masuk ke SBP tu,4 tahun couple tapi tadi Zain bg tahu Izz yang dia telah break.

Sedih???

Seres aku sedih,tak tau kenape,mungkin sebab masa sekolah dulu Zain banyak tolong aku,selalu ada untuk aku mintak tolong...Zain akan ada bila Izz nangis..

Izz,Zain dan couple dia kawan baik,satu kelas plak tu,selalu Izz la yang jadi tukang hantar surat untuk Zain,padahal satu kelas gak,ada satu hari Una,couple Zain cakap...





"Wehh,kau dengan Zain ade ape-ape ke?aku tegok ko ni rapat semacam je?ko ni songsang ke?"




Seres terkejut bila dia cakap macam tu,tapi Izz buat biasa je,Izz cakap la yang kami kawan je,teman satu dorm (kengkadang teman sekatil...haha...)..

Then una balas,




"Ala,tak pe,aku x kesah pun,nak gak aku rasa bermadu dengan lelaki...hahaha"




Gile ape perempuan ni,seres Izz betul-betul buat aku terkejut.

Sampai kalau dating pon diorang ajak Izz,so Izz join la jugak(sampai ade yang jelas dengan kami 3 orang)...




TAPI!!...

Hari ni Izz sedih gila,bila dyorang break..

Zain luahkan kesedihan dia dekat Izz,Zain tak sedih mana pon cuma Izz kot yang over,biasa lah Izz dah faham perangai Zain tu macam mana,

Lepas je Zain bagi tau,Izz terus call Una walaupon Zain tak bagi Izz call or buat apa-apa,tapi Izz buat jugak sebab kesian kat dia.

Dalam perbualan Izz dengan Una tu,Izz banyak mengalirkan air mata,Izz betul-betul sedih,kenapa korang break,sebab Izz ke??

Una kata,mungkin dah bukan jodoh dia..



PESAN UNA:

"IZZ,aku dah penat la dengan semua ini,aku tau mungkin kau ada hati kat Zainul tu,tapi Zainul tetap pilih aku kan...Aku mintak kau tolong jaga Zainul tu,bagi la dia nasihat apa-apa ke,ni amanah aku kat kau tau...oklah bye"

Then aku balas dengan mesej:

"ok,tapi aku still harap korang dapat bersama,aku nak tengok korang bahagia selama-lamanya"





~So tulah sedikit sebanyak kesedihan yang aku alami hari ini,UNA aku nak kau tahu,walau cinta aku pada Zain itu cinta terlarang...aku nak kau tahu yang kau lebih berhak untuk dia,kau lebih layak.Aku akan pertahankan cinta korang,aku akan buat korang bersatu semula...


p/s:Zainul dan Zain adalah orang yang sama,tapi panggilan Zain untuk Zainul belum muncul lagi dalam novel Flirtationship,haha...sweet kan kami~~

Sunday, 30 March 2014

Apa Sebenarnya Cerpen Siri Flirtationship?

Assalamualaikum~
salam ahad buat semua..

hari ni aku nak cerita sikit pasal manuskrip Flirtationship aku..dalam skrip ini mengisahkan kehidupan aku sendiri dalam dunia PLU di sekolah yang aku belajar.Dalam cerpen bersiri ini aku menggantikan diri aku sebagai Nick Aimaan Waffiey.Cerpen ini aku tulis sendiri berdasarkah kisah sebenar kehidupan aku disana.

Tapi stail penulisan aku bermain dengan flashback sebab dalam cerita ni aku dah berkerja dan aku teringat kembali kisah aku 5 tahun lalu di sekolah itu.Sudut pandang cerita pula bermain dengan orang ketiga iaitu orang lain yang bercerita tentang diri aku.Complicated kan??so harap korang dapat terima dengan ape yang aku tulis ni..Segala suka duka yang aku lalui aku ceritakan untuk pengajaran buat kita semua.


Antara Watak Utama:



Nick Aiman Waffiey Nick Hazman
Seorang yang setia.
Suka dimanjai.
Pantang ditegur.
Kuat ego.

~Aman merupakan watak utama dalah cerpen siri ni.Menghadapi perbagai pengalaman hidup yang dia alami seorang diri.Bermula dari umur 10 tahun hinggalah sekarang berumur 22 tahun.Berkerja di syarikat milik Tan Sri Tengku Mukhriz yang juga ayah kepada kawannya Tengku Hazrin Adriaensyah.
Walau pn persahabatan mereka rapat namun tak semua masalh dan kisah hidup Aiman yang Azrin tahu.













Kamal Azman Dato' Mokhtar.
Anak kepada tokoh hartanah terkemuka.
Memiliki syarikat hartanah sendiri.
Suka kepada sesuatu yang bersifat keduniaan.
Terlalu cepat menilai sesuatu.

~Kerana sikap cepat menilai orang lain,Aiman ditinggalkan tanpa sebab.Teringat kembali degan cinta lama dia kini kembali menagih cinta.Mungkinkah peluang kedua buat KA.Setelah KA meninggalkan Aimaan dan meletakkan kesedihan yang mendalam tatkala hampir peperiksaan besar SPM.Hanya Aimaan yang boleh membuat keputusan...











Danial Iskandar.
Seorang yang kuat cemburu.
Suka meninmbulkan masalah.
Suka bersangka buruk.

~Sewaktu persekolahan dia dengan mudah mempermalukan Aiman sehingga memberi kesan yang mendalam pada Aiman.Ketika itu,maruah Aiman dipijak bagai tidak ada harga yang sesuai. Hampir sahaja Aiman digantung sekolah dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan.Namun selepas 5 tahun dengki masa lalu bertukar kepada cinta yang mendalam.






Banyak lagi watak dalam cerita ni sebab semua watak adalah aku ambil dari pengalaman aku sendiri.Mungkin penulisan aku ni kurang baik sebab ini merupakan percubaan aku yang pertama setelan diari penuh aku hilang masa form 5.Aku syak si Danial Iskandar ni yang ambil sebab dia tahu banyak perkara pasal aku kat sekolah dulu sampai dia malukan aku satu sekolah.Tapi aku langsung tak simpan dendam kat dia walaupon rasa geram tu ada.

Seres aku cakap ape yang dia buat tu pedih tapi,aku biarkan je sebab aku jadikan ape yang dia buat tu semua pengalaman hidup aku yang akan mengajar aku nanti..

Harap korang semua suka lah dengan tulis aku ni.Sokong aku ye...







p/s:Sy sebenarnya lebih selesa kalau membahasa diri sy awak,tapi takut korang pulak yang tak selesa...



Wednesday, 26 March 2014

Rugi nyer!!

Assalamualaikum~salam petang...nak citer sikit,korang mungkin ada yang dah kawin kan?ni nak citer pasal kawin la..pasal abang aku sorang ni...dia baru je kawin..dia buat drama korea+melayu+indonesia apabila dia kata kat family kitorang dia nk kawin..

omaigoshh..apakah ini???
yes..itu adalah realiti~



plot drama yang dia buat:

20/3/2014 
ari ni aku amik result,and result biasa2 je,dapat 3A+,2A,1A-,2B+,1C+..so dlm tengah hari tu dia call aku tanye result so aku bgtau la,then dia tanye mak mana aku kata mak takda,aku kata mak kuar gi umah cik Peah(mesti gosip pasal result aku dgn tanyer result anak cik Peah)...mlm tu dia call lagi then tanye mak mana,kol 10 mak dah tido.



21/3/2014
lepas solat jumaat dia call abah,dia kata nak kawin,omaigoshhh!!
drama!!!
sumpah drama!!
rasa cam nak gugur je jantung..



~Ohh..lupe nak citer..abg aku ni keje kat Ipoh.pastu duduk dengan adik awek dia,kira tumpang umah dyorang la,awek dia plak duduk kat area KLIA,sebab keje situ..

abg aku cakap sebab nak kawin ialah sebab takut hal tak elok jadi,ok kami cool down jer..



22/3/2014 
kami satu keluarga Tok Hamid dok bincang kat ruang tamu umah aku kat Teratak Nenda Awalang.(umah aku)..semua pakat ramai2 setuju so xde la pertikaian dari keluarga sebelah lelaki.Pihak perempuan plak parents dia dah meninggal,so tinggal la dua beradik ni kat Taman Desa Pelancongan,Ipoh.

Dyorang tak rapat sangat dengan keluarga belah arwah ayah dyorang,cuma dyorang rapat dgn adik beradik arwah mak je..tapi dyorang masih plan nak rahsiakan dulu pernikahan dyorang..gila kan??
dah macam drama melayu+korea+sinetron indon.




23/3/2014
6.30 petang aku dgn keluarga aku berangkat ke Ipoh,sampai sana pkol 10 mlm.Ni sebab ayah aku keje,so gerak lambat(hari ahad pon keje).

Abang aku nama,Na**f,bakal akak ipar aku tu nama Ada,adik dia Adan,dan sepupu dyorang nama Wira.Wira ni jenis yang apok2 sikit,dan sampai je aku dok tgok ramai betol orang kat dalam umah.Dalam 10-15 orang jugak la.Semua tu kawan Wira dgn Kak Ada,dan fyi semuanya tergolong dalam dunia PLU..ada yang lembut2,ade yang dress up macam perempuan dan ade gak yang nampak straight tadi bengkok dalam,haha..

then dalam aku usha2 dyorang aku ternampak la ade satu mamat ni,seres handsome gile la..aku dah melting giler,
yang tgah main fon tu,soe gamba x jelas 
sebab aku curik2 snap..haha

Jam pukol 10 lebih aku tgok hantara semua belum siap,aku pon tolong la dyorang buat,FYI 16 dulang hantara kebanyakkannya adalh hasil karya aku..(haha,bangga sikit)...
Malam tu aku tidor pkol 3 pagi,semata2 nak siapkan hantaran abang aku,ohh my!!gantok giler..
Tengah tidur pukul 4.30 pagi aku terjaga then Adan ajak aku lepak umah kawan2 dia,aku ikut je la..
sampai je,aku tgok mamat handsome tu ada la...wah huntung giler dapat usha lagi!!Dalam pukul 5.30 kami balik umah balik..aku tak boleh tido lagi..pukul 6 aku mandi dan siap2 untuk solat subuh..
hasil karya aku jam 3 pagi!!

24/3/2014
hari ni majlis akad nikah,rancangannya lepas Asar.Pagi tu kami pergi Tesco Ipoh untuk beli barang dapur.Oleh sebab Kak Ada dengan Adan tak rapat dengan keluarga belah arwah parents diorang,just kami je yang buat persiapan.

Masa tengah potong bawang dengan sayur ade jugak Kak Ada luahkan rasa malukat aku,malu kat mak dengan abah aku sebab kawan2 dia tu,ye la,kawan dia semua "perempuan" tak jadi,then perangai spesis ni biasala cam tak leh blah sikit..haha...dia ade gak cakap..

"eh adik,adik perasan tak ade mamat yang hensem yang selalu dok berkepit dengan seorang perempuan yang rambut panjang pakai baju ketat malam tadi."
aku angguk je.
"Dia tu gay tau,perempuan yang dia dok berkepit tu sebenarnya lelaki tau,sebab pakwe dia tu la dia dress up sampai macam tu sekali,nak jaga hati suami katanya.."

OMG!!!
mamat handsome tu sama spesis dengan aku!!
haha...


Pukul 4 petang.
Masa akad nikah seres aku happy giler,bukan sebab abang aku nak kawin,tapi sebab mamat handsome tu betul2 depan aku..haha..


yang pakai baju merah.

ALAMAK!! perasan aku,tu yang bisik kawan dia tu.


aku dok usha je dia,tapi lama2 aku tengaok dia macam perasan aku usha dia,ALAMAK!!
dia asyik bisik2 je dengan abang Wira,sepupu Kak Ada,then dyorang sama2 pandang aku...Perhggghh!!
malu giler shialll!!
lepas majlis akad nikah,ade pulak satu mamat dok pandang2 aku,dia ni kawan mamat handsome tadi, perhghh...muka not bad..tapi aku malas nak layan....sebab takut dyorang saja nk game aku..haha..PEMIKIRAN cam HARAM!!

sumpah anoying giler mamat baru ni,dah la usha aku terang2,then datang dekat,tanya soalan random macam2..aku pulak carik macam2 alasan untuk lari dari dia,haha..malas nak layan..

malam tu jugak kami balik.Sebelum balik dia sempat datang jumpa aku,mintak number fon,tapi aku tak bagi,malas nak layan,siap salam aku,saje je salam lama2..geram plak aku..
then siap pesan jaga diri(caring la sangat!!),..
tapi hari ni aku rasa rugi pulak tak bagi number fon kat dai..haha..k bye...

Friday, 24 January 2014

kenapa pada aku???


MAAFKAN AKU MAK!!!!







Semua ini adalah cerita sebenar yang aku alami…

27 November 2013 1.45 tgh hari
“Mak,kite bru abis solat,nnt kol 2 baru msok dewan utk paper 3 bio n mk suwoh abah amik kite kol 3.30 ye..time tu dah abis exam…”
Tu je ayat mesej aku yg sempat aku hantar kt mak aku sbelum masuk dewan exam utuk paper last spm 2013.wahhh…akhirnya hari yg aku nnti-nntikan tiba jugak..hari last spm..paper bio..yg risau nyer ape yg target tu “ MASOK” PULAK!!!..kesah plak aku..yg penting habis..
3.30 ptg..
“perhatian kepada semua calon spm 2013 sm sains bagan datoh,masa menjawab untuk kertas biologi kertas 3 telah tamat,sila semak butiran peribadi calon peperiksaan pada kertas jawapan anda..pengawas peperiksaan akan mengutip kertas jawapan anda sekarang…”
Tu lah ayat yg aku tunggu2 dri ketua pengaws peperiksaan..huhu..habis gak spm aku …
3.50 ptg..
Habis susun kerusi n meje lepas abis exam..aku tengok ade msj masuk..oh mak…ringkas je msj dr mak… “k”…tu je mak balas…
4.15 ptg…
Rupa2nye abah dah sampai kt belakang dm(dewan Makan) ..aku pon sebok dok anggkut barang bwk masuk kereta sbb ni la hari last aku kt sabda ni..x perasan shamsul pun ade sekali…sebelum balik aku sempat salam shamsul..huhu…rusydi ngan iwan pon aku salam sekali..pasti mungkin kitorang xkan jumpa..rupe2nye ..kakak long aku ikut sekali..dy kata cuti…so balik kmpung penat kot hari2 kerje dekat pulau pinang ..ari ni dy nk balik penang balik..

12 November 2013
9.30 mlm…
Aku ingat lg time ni..aku call mak suwoh dtg sekolah jumpe aku,sebab aku nk luangkn masa utuk bersama mk dgn abah,aku dgr suara mk lain mcm ..mk kata pening kepala dgn baru baik demam..ok la…aku just suruh mkm ubat je la…mak kata hari ahad nanti dy dtg…..esok aku akan ada exam sejarh paper 1 n 2..khamis pulak sejrh paper 3…hu…mlm tu aku just bace nota2 ringkas untuk prsiapan esok..

17 November 2013
Hari ni mak aku akan dtg sekolah lawat aku…ok..ye la…x sabar..aku tunggu mk dekat lobby sekolh..dlm pkol 2.30 bru mk dtg…
Muke mak nampk pucat sgt..aku tegor mak…nape muke pucat..mak kate demam..oh…aku tanyer lagi..dah makan ubat ke?..mk aku jawab dah mkan…ok la.dah mkn…dy kate nnt elok la tu..
Nk dekat pkol 5 mak ngan abah balik…sebelum balik abah bg aku duit belanja 50 inggit ..aku amik simpan dlm poket..

27 November 2013
5.00 ptg…(on the way hantar kakak aku ke bus station teluk intan)
Dalam kereta..kakak aku ckp ade benda nk cerita…wah..cam cerita suspen je…then dy suroh amik bekas ubah kat tempat duduk belakang…?????aku pelik…Ade bekas insulin injection..ha???? sape pulak yg sakit ??..sebenarya mk baru je keluar hospital…mak masuk wad 10 hari..kat hospital teluk intan…sedih sgt..aku tanyer bile mk masuk wad…kakak kata ingat x hari tu mak pernah dtg lawat kau 2 minggu lepas…
Lepas balik lawat aku hari tu mk pergi hosptl sabk bernam..kene tahan..pastu pindh hospital teluk intan..
Dlm sebak dan sedih..baru aku teringat…

19 November 2013
8.30 mlm..
5 kali aku call mak..sume x angkat..asal x angkat…then aku cal abah pulak,,,sama!!x angkat jugak…eh nape ni…last aku call mk sekali lg..yg pelik…kak ngah yg angkat,biasanya kak ngah akn balik umah bila ade hal penting..…kak ngah ckp mk dah tidur..dy suroh call esok2 je la..
9.00 mlm..
Abah call balik…dy kata x dengar ade org call…aku tanyer nape mk x angkat on…abah kate mk dah tidur kot..aku mintak nk ckp dgn adik aku yg 3 taun tu...abh kata abah kat luar..bukan kt rumah,lg pon time cmni adik dah tido biasanya.…lama gak aku sembang ngan abah.. aku ckp la..yg aku risau pasal paper Agama semlm…dy kata yg dah tu sudah la…yakin je…abah tau kau dah buat yg terbaik…
Kalau abah dah ckp camtu aku jd lega sikit la…huhu..abah ni pandai gak bg nasihat…

27 November 2013
5.30 ptg...
Aku sedih...baru aku tau yg mase tu rupenyer mk kat hospital...patut la x jwb call aku...teliti betul abah ngan mak rangcg utuk xnk bg aku risau...patut la tiap kali aku call nk ckp dgn adik aku yg 3 taun tu abah x kasi,bg banyak alasan...rupenyer xnk adik terlepas ckp dgn aku...
Kat bas station teluk intan akak aku ajar aku camne nk buat injection kalau mk x stabil n bg panduan cmne nk bg mk mkn ubat…
Lpas akak naik bas sempat cakap..
“.Adik akak dah jage mk mase kt wad hari tu…akak nk balik ni…lepas ni ,kau pulak kene jage mk..kalau mk sakit cepat2 call akak..n bwk mk g hospital..
Jage mkan minum mak…jaga waktu mak utk mkan ubat…jgn bg mk buat kerje nk buat mk stress…”
Tu je pesanan akak yg aku masih ingat..
On the way nk balik umak…aku hanye termenung menghala ke luar tingkap kereta di tempat duduk pnumpang..aku sedih ..






Kenape mk rahsiakan semua ni dari aku…mase aku tgh berperang dlm exam…mk pulak sedang perperang dgn maut…xde sorang pony g nk bg tau aku…mk yg susah payah lahirkn aku…aku xde kat sisi dy bile dy sakit…dy kat hospital mcm telur d hujung tanduk antara hidup dan mati …aku pulak.. terkapai-kapai study utk spm…mase tu spm bg aku x penting bg aku…bg aku nyawa mak aku lebih penting…
Aku tau mungkin dyorang risau aku akan terganggu masa exam aritu kalau dyorang bgtau yg mak sakit..
Aku teringat pulak kat kisah kawan aku sorng ni..

13 November 2013
1.15 tgh hari...

x payah kot aku sebut name dy..mase tgh exam…family dy dtg…abis je exam dy terus balik umah dy…rupenyer ayah dy meninggal dunia...(al fatihah untuk allahyarham)… yg lg sedih ayah dy meninggal dlm mlm seblum exam..lepas exam baru dy tau….kluarga dy rahsiakn dulu sbb takut ganggu dy..
Aku sedih sebb aku agak rapat dgn dy..kesian dy…
Lepas tu ,..aku terus call mak…rase lain mcm pulak…takut jd pape kt mak…mak kate dy sihat je…abah pon sihat..mak tanyer aku kenape tiba2 tanya..exam ok ke??
Ohh..ok..mak..td kan ayah kawan kite meninggal…kesian kat dy…takut jd kat kite pulak…ehh..mak ngan abah xde pape la..ok je jgn risan…
Ok la klau mk dah ckp mcm tu…

27 November 2013
7.50 mlm…

Baru aku smpai rumah…aku terus gi tengok mak…mk ade kat ruang tamu..baring,tidor agak nye…aku terus peluk mak…mak yg tadinya tidur terus terbangun…
aku tanye mak…kenapa mk x bg tau..kenapa rahsiakan…mak kata…takut kat x focus nanti…kalau mk sakit tu lg penting… cakap je..kite boleh terima…












aku tanyer lagi…mak dah makan ubat ke??...dgn mulut yg agak lambat dy ckp…belum..mak tunggu fahmi…mk nak fahmi suap kan mk makan ubat..
Aku sebak…macam manelah mak mkan ubat kt hospital …sape yg suapkn…mak sakit sape yg jage…kalau mk bg tahu..kite boleh balik lawat mak kat hospital…cikgu bg la…cikgu x la kejam sgt…
Sekarang aku tau…derita ape yg mak rasa saat aku xde kat sisi dia masa dy sakit…mak…maafkan fahmi ye…kite x jage mak kat hospital haritu..

Disember 2013

Mulai hari tu aku yg jage mak…makan minum mk sume aku sediakan…tanpa tinggal satu pon..aku amik tanggungjawab jaga mak yg sakit…sbgai ganti x boleh jaga mak kat hospital masa dy masuk wad dulu…
Cuma nasihat mak anjang yg aku pegang…
“mak tu sakit…dulu mase kau kecik dy jaga kau…jage makan minum kau..ni la masa kau nk balas jasa dy…bg la mak tu rehat sekejap sebelum dy pergi nanti…”

Tu je yg aku ingat..

25 Disember 2013
Hari ni mak anjang dgn mak uteh balik kampong…dalam elok2 sembang…dgn mak anjang dgn mk uteh…mak anjang ckp…
“fahmi…mak kau tu tgh sakit…kau je la harapan dy kat rumah kau tu…akak dgn abg kau tu kerje carik duit…kau je yg dy boleh harapkan…dah sebulan dy sakit…
Mase dy kat wad dulu..mak ada pesan kat mak anjang…jgn bg tau kau yg dy sakit..dy takut exam kau terganggu…
Dy sayang kat kau…kau lah anak dy yg boleh bg harapan yg cerak kat keluarga kau…
Uteh,kau ingat tak..mase dia dlm wad dulu…hanya Allah je yang tahu..dah nazak sgt…dada dy mcm berombak-ombak…macam kene tarik…mcm maut tu dah dekat…Izrail tu macm dah kat hujung kuku dah…
Fahmi…jage mk tu betul2..mungkin dy dah x lama..kalau dulu kau temankan dy dlm rahim dy, bertarung nyawa untuk lahirkan kau…ni…nanti kau pulak teman kan dy…dlm hujung nyawa dy…untuk bertarung nyawa untuk menyahut seruan Allah nnti…ni je la masa kau nk berbakti…”
Aku xkan lu pa jasa dy seumur hidup aku…dy lah yg memberi harapan baru bg aku…






31 Disember 2013
“Ya Allah…Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka..
Ya Allah,Ya Rahman…ya Rahim….
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,Ya Zaljalaliwalikram…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,Tuhan yang menghimpun segala kasih dan sayang…
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Amin ya Rabbal alamin…
semoga tahun baru ini membawa kegembiraan bgku...dan bagi kedua mereka...