The Filtationship

kisahhidupdibalikpelangi.blogspot.com
Showing posts with label MyDiary(Kazif). Show all posts
Showing posts with label MyDiary(Kazif). Show all posts

Friday, 28 March 2014

Air Mata 1 March 2014...

Assalamualaikum~
warga blog semua~

korang mesti ada kisah silam kan??..kisah silam yang akan membuatkan anda semua menangis tanpa sedar...tidak mengapa jika anda menangis kerana kesedihan itu satu resam dalam kehidupan...ia bersifat semula jadi dalam diri,dalam tindak luar kawal manusia...dengan kata lain,"menangis itu biasa"...



Kazif,1 March 2014,9.25 malam.

"Dalam badan kita ada banyak AIR. Tapi bila badan yang terluka, DARAH yang keluar.
Dalam hati kita ada banyak DARAH, tapi bila hati terluka, AIR MATA yang keluar....
"

Itulah antara kata-kata dia yang aku paling tidak boleh lupa,saat aku bersedih dia pasti ada disisi,saat aku gembira kami pasti kongsi bersama.

Namun,semua hanya tinggal kenangan yang hanya akan menitiskan air mata,kenangan yang hanya akan membuat aku tersenyum tanpa sedar.

Hari ini dalam sejarah,subuh 1 March 2014 hadir dengan titisan air mata diatas tikar sejadah,suram subuh pagi ini disambut tanpa kehadiran 29 February 2014...Tarikh dimana bermulanya sejarah indah dalam kehidupan aku. 


***************


29 February 2012.Bermulanya kehidupan aku di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri Perak Darul Ridzuan. Kehadiran aku disambut baik oleh semua rakan baru,tapi dalam sambutan mereka yang baik itu aku dapat rasakan sebuah kelainan pada seorang kawan baru aku.Cukup aku perkenalkan dia dengan KA.Selalu tersenyum apabila memandang aku walaupun baru sehari perkenalan.Seperti seorang lelaki yang cuba mendapatkan hati seorang wanit.Itulah yang aku fikirkan.

29 Febuary itu membawa satu harapan baru buat aku,bermula dengan perkenalan aku yang agak rapat dengannya.KA merupakan seorang pengawas.Dia jugalah yang bertanggujawab mengendalikan urusan pendaftaran pelajar baru ambilan kedua yang aku turut sama disekolah baru itu.Indahnya perkenalan kami hanya aku dan dia yang tahu.

Habis satu kawasan sekolah kami lawati,petang itu..aku turut sama dengan kawan sekelas aku dalam kelas prep petang.Aku perasan KA asyik memandang aku dari belakang.Hish..dah kenapa??..Aku tahu dia juga seorang PLU..sama seperti aku..Aku hanya berlagak biasa seperti tiada apa-apa berlaku.Sehinggalah aku dan KA berada dalam satu kumpulan study pada malam itu..aku mula rapat dengan KA dan semakin menarik minat aku untuk terus menggenali siapa dirinya.

Malam itu,aku keluar lambat dari kelas,kawan-kawan yang lain sudah ke surau untuk solat Isyak yang dilewatkan sedikit ke jam 11 malam.Aku pulang lewat kerana KA meminta aku menemani dia membuat rondaan di blok akademik kerana KA bertugas pada malam ini.Hampir 11.20 malam baru kami beredar dari blok akademik,ku lihat semua pelajar sudah keluar dari surau untuk menuju ke dewan makan.

Malam itu,aku solat Isyak berimamkan KA.Lunak sungguh suaranya membaca setiap bait ayat dalam solat.Aku hanya khusyuk mengikuti gerak rukun solatnya.Aku semakin terpaut dengan dirinya.Makan lewat malam habis jam 11.45 malam namun kami tetapi pergi ke dewan makan walaupun sudah menjangkau masa yang telah ditetapkan.Kami makan bihun sup yang disediakan oleh dewan makan dengan keadaan yang agak suram kerana sebahagiaan lampu sudah dimatikan tanda dewan makan tidak beroperasi.Sungguh romantik keadaan itu.Kami makan mengadap antara satu sama lain.Ohh..sambil mata KA,asyik memandang aku..aku masih lagi berlagak biasa..mungkin ini satu permulaan buat aku..


****************


Itulah kenangan hari pertama perkenalan antara aku dan KA.Aku amat merindui pengalaman itu.Kenangan yang masih lagi terpahat dalam ingatan ku..tidak dapat aku lupakan..

KA.
Seorang pengawas sekolah.
Berkaca mata.
Seorang yang peramah,dan mudah bergaul.
Lahir dalam keluarga yang berada dan kaya.
Suka tersenyum.
Seorang yang agak teliti.

tapi...
agak kurang keyakinan diri.
kurang menepati masa.
sering mengungkit-ungkit.
agak bersikap kedekut.
dan suka bermegah.

Tapi semua sikapnya itulah yang membuatkan aku tersenyum dalam diam.Ketawa dalam suram.Menangis dalam dalam kelam...


"dah la,jangan sedih sangat...saya kan ade untuk awak"---KA.

"kenape menangis ni,ape yang sedih sangat?..meh cite kat saya,mana tau awak lebih lega nanti".----KA.



Aku tahu cinta kita ini terlarang...
aku harus melupakan KA.
aku harus rela dalam keterpaksaan.
demi sebuah kehidupan yang akan datang.



cinta terlarang by Kangan Band

KA,semoga engkau bahagia dengan kehidupan baru kau.Aku tahu kau layak mendapat yang terbaik dan lebih elok dari orang lain dan bukan aku.Lupakan segala kenangan yang mengikat kita.Aku berjanji ini adalah air mata aku yang terakhir yang aku titiskan buat kenangan kita.Aku harap kau reda dengan keputusan aku ni...

Kau tetap dalam doa aku...


                                                                                           Izz






Ini adalah seperti yang tertulis dalam diari aku yang aku beri mana sebagai Kazif.Nama tu aku ambil dari gabungan nama kami,huhu..aku kongsi bersama dunia aku untuk semua sebagai pengajaran buat semua dan mungkin dapat memberi inspirasi buat semua.
                                                     inilah yang menjadi teman aku,Kazif~~


"Kadang-kadang kita perlu melupakan sesuatu yang kita sayang demi sebuah kebahagiaan yang akan datang."

"Pengorbanan cinta itu terlalu beasr buat mereka yang faham erti cinta"