The Filtationship

kisahhidupdibalikpelangi.blogspot.com

Friday, 28 February 2014

The Flirtationship [part 2]

2:Sekolah Baru.

Dua hari lalu…
“Ayim,kau teman aku shopping kat KLCC petang ni,hari ni kita amik half day je la,”terjengah muka Azrin disebalik penghadang yang membahagi meja pekerja-pekerja di Villa Holding milik Tan Sri Tengku Mukhriz a.k.a. papa kepada Tengku Hazrin Adriaensyah.

“Woi,tau la company ni papa kau punya,kau boleh la,keluar masuk bila-bila masuk,aku ni pekerja makan gaji je,” luah Aimaan sedikit menyindir Azrin.

“Ada aku kesah??..nanti kau tulis notis half day kau letak atas meja aku,aku approve je nanti,dah ni company bapak aku suka hati aku la…”Azrin mula berlagak dengan dirinya.Ketawa dua sahabat itu mula memecah kesunyian ruangan kerja Villa Holding. 

Beberapa mata pekerja lain terus memandang mereka berdua akibat ketawa mereka yang meletus tadi.Terdapat juga segelintir pekerja yang cemburu dengan Aimaan yang rapat dengan anak boss mereka itu.Ini kerana Aimaan seperti bebas melakukan apa sahaja dengan kelebihan yang dimiliki oleh Aimaan itu.

12.20 tengah hari.
“Woi,dah siap belum?”Azrin mencul di belakang Aimaan yang sebuk menyiapkan tugasan terakhirnya.Jam baru menujukkan jam 12.20 tengah hari.

“Sikit lagi je,tunggu jap,”balas Aimaan tanpa memandang muka sahabatnya itu.
“Haa.yelah…aku tunggu dalam bilik aku,nanti dah siap kau panggil aku tau..”Azrin mula melangkah kaki mahu ke biliknya semula untuk membuat apa yanhg patut sementara menunggu Aimaan menyiapkan tugasannya.

“Azrin..Dah siap dah..”baru sahaja Azrin mahu meninggalkan ruang kerja Aimaan dia berpaling semula.
“ish..kau ni,aku ingat lama la lagi…k la..aku amik beg jap,kau turun dulu,tunggu aku dekat kereta..”
“ok..jangan lambat pulak”
**********

Laju kaki Azrin melangkah masuk ke dalam masuk ke pusat membeli belah KLCC.Aimaan pula,terhegih-hegih menuruti rentak derap langkah pemuda sasa itu.Laju betul langkahnya.Dan boleh dikatakan seperti orang yang tergesa-gesa mengejar masa.

‘Hish..dia ni..dah la ajak aku tiba-tiba..keje aku pon banyak lagi kat pejabat tu..pastu boleh pulak dia jalan laju-laju.. ni yang buat aku malas nak layan kerenah dia ni,’gumam hah sendiri dalam hati.

‘Macam mana lah masa dia dengan Aqil dating?mesti budak tu bosan layan sikap si Azrin ni..’

Biasanya Azrin akan mengajak Aqil Darwissh untuk menemaninya shopping…tapi entah ape angin si Azrin itu mengajaknya shopping pulak hari ini.Aqil Darwissh murupakan adik angkat kepada Azrin.Tapi layanannya cukup sempurna.Seperti buah hati sendiri.Sudah lama Azrin menjadikan Aqil sebagai adik angkatnya sejak setahun lalu.Itulah sikap Azrin yang suka mengambil adik angkat sejak di bangku sekolah la.Sejak di tingkatan 2 dia sudah mengambil adik angkat tingkatan satu,selain menjadi dia juga menjadi adik angkat kepada abang-abang senior tingkatan 5.

Melangkah ke escalator Aimaan hanya mendiamkan diri sambil menayangkan muka tidak bermaya ke arah pengunjung yang hadir.

Akal sihat Aimaan mula berlayar ke memori silamnya…

**********
“Aiman kan?,”Cikgu Roshida memulakan bicara.
Aimaan hanya mengagguk.Bukan apa,memang sikapnya yang pendiam sejak memasuki alam sekolah menengah dahulu.Dulu dia menuntut di salah sebuah sekolah aliran agama yang tidak terkenal di Daerah Sabak Bernam,Selangor.

Disebabkan keputusannya yang baik dengan memperolehi 9A dalam peperiksaan PMR dia ditawarkan melanjutkan pelajaran di sebuah sekoalah SBP di daerah Hilir Perak.

“Aimaan,saya Cikgu Roshida.Saya guru kelas awak dan awak akan dapat kelas 4 al-Jazari.”
Ayim hanya mengangguk.
“Awak ikut saya”

Laju langkah kaki Cikgu Rose keluar dari bilik guru.Hann hanya mengikuti setiap langkah cikgu itu.
Sampai di depan kelas aku lihat pelajar di dalam kelas terus lari mencari tempat duduk masing-masing.

“Assalamualaikum cikgu”ketua kelas mula memberi salam.Lalu bergemalah suara memberi salam yang disambut oleh semua pelajar didalam kelas.
“Baiklah kelas,ni Aimaan.Dia akan jadi kawan sekelas kamu mulai hari ini..Aimaan…kenalkan diri..”pinta Cikgu Roshida.
“Nama saya Nick Aimaan Waffiey.Boleh panggil saya Ayim.Saya budak baru second in take…harap beri kerjasama”.Aimaan tunduk menahan malu.

Sekumpulan pelajar perempuan tertawa dengan kelakuan Aimaan.Sikap Aimaan yang pemalu dan agak perwatakan seperti seorang yang jambu.Namun tidak pulak menampakkan kelakuan yang lembut.

“Najwa,Nadia dan Sabrina…kenapa gelak-gelak kat belakang tu?,”Cikgu Roshida kehairanan.
“Taka ada apa-apa cikgu”serentak mereka menjawab.
“Aimaan awak boleh ambil tempat duduk awak.Awak duduk kat sebelah Fazril sana tu.Awak tak kesah kan?.”
“Tak cikgu,saya ok je”

Tempat duduk yang paling belakang sekali.Dekat dengan loker kelas dan dekat dengan tong sampah.OMG!!.Tong sampah kosong,tapi sampah bertimbun sekeliling tong sampah.Satu je ayat yang Aimaan fikirkan tentang pelajar dalam kelas ni.SATU KELAS PEMALAS!!!

Satu jam berlalu.Cikgu Roshida mula untuk meninggalkan kelas.Tapi,belum sempat dia keluar dari pintu kelas dia kembali semula ke meja guru.Seperti orang teringatkan sesuatu yang tertinggal.

“Aimaan…nanti awak akan duduk satu dorm dengan  Zainul..ha Zainul,nanti awak tunjukkan dorm pada Nick.,”
“Baik cikgu”Zainul hanya menuruti perintah cikgunya itu.


Zainul hanya memandang Aimaan dengan melepaskan senyuman.Pada masa yang sama ada sepasang mata sedang memerhatikan Aimaan.Mata dari salah seorang teman sekelasnya yang duduk di sudut tepi kelas itu.






Bersambung...

Tuesday, 25 February 2014

The Flirtationship [part 1]

1:keliru

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki

Salahkah.. salahkah
Salahkah.. salahkah ku..


“Woi…angkat la fon tu..bising la…dah la bunyi fon tu kuat giler..kalau silent aku tak kesah…Ayim…angkat la fon tu…”dari jauh Azrin sudah terjerit-jerit.

Telefon yang berdering dari tadi menggangu ketenangan Azrin yang sedang menonton drama Korea di kaca television.Dia bingkas bangun mengetuk pintu bilik Ayim. 

“Ayim,buka pintu ni, buka la cepat”sedikit terjerit-jerit Azrin diluar pintu.
“Kenapa?...ada apa kau ketuk mintu aku macam nk roboh ni?...”Aimaan malas melayan kawannya itu.
“Kau ni  dah kenapa?..,telefon tu asyik berdering je,angkat la,naik pekak dah aku dengar lagu Hafiz dengan penyanyi Indon tu,…Ayim buka pintu ni cepat…”naik marah jugak Azrin dengan sikap kawannya yang ‘gila-gila’ itu.Baru gaduh dengan boyfriend la tu.

Lambat Aimaan bangun dari pembaringannya lantas membuka pintu biliknya.Nampak sangat dia sedang tiada mood.Almaklumlah ada masalah dengan teman lelakinya.Kalau tidak macam mana boleh jadi macam ni.

“Ayim ape lagi la masalah kau ni,telefon kau tu dari tadi dok nyanyi lagu Hafiz dengan Rossa tu…asal tak jawab?...”Azrin mula bertanya untuk mencuba mencari tahu apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.

“Aku malas la nak jawab,tak de mood…kalau kau nak jawab,kau jawab je lah untuk aku..pastu kau cakap dengan mamat ‘ngok’ tu…aku dah tak ada..atau kau cakap je aku dah mati,”amboi marah betul Aimaan pada Firdaus Ariff nampaknya.

“Woi,ada pulak mati main-main…kau ingat mat utu kerje main-main…kau ni kenapa?...aku tengok dua tiga hari ni macam tak da mood je..kau gaduh dengan ‘balak’ kau lagi ye?,”Azrin mula mencungkil masalah kawannya itu.

Nick Aimaan Waffiey  hanya mendiamkan diri dan membiarkan soalan kawannya itu berlalu tanpa jawapan.
Azrin yang sudah duduk dibirai katil mengerling ke atas meja kerja di tepi katil Aimaan.Dilihatnya pada skrin telefon Sonny Experia milik Ayim.Amboi…24 ‘miss call’ dan 17 masej pesanan ringkas yang belum dibaca.

Marah betul mamat ni dekat jantan ‘sengal’ tu..Sekali lagi telefon Aimaan bernyanyi lagi.Kali ni Azrin sudah menjeling ke arah Aimaan.Aimaan membutangkan matanya.

“Azrin,kau tolong aku,kau jawabkan telefon aku tu…kau cakap la aku tak ada kat rumah ke,ape ke…tolong ye…”mendengar rayuan Aimaan,Azrin mula serba salah.
“Ok la,ok la…tapi kali ni je ye..lepas ni aku dah tak nak masuk campur,”termakan juga Azrin dengan pujuk rayu Aimaan.


Aimaan yang sudah dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.Sama-sama menuntuk di sekolah yang sama.Kemana-mana asyik bersama sahaja.Dah macam kembar dah.Suka duka mereka berdua kongsi bersama.
Azrin menekan punat telefon.Dia sempat menari nafas untuk mendapatkan idea untuk menyelamatkan kawannya itu.


“Sayang,kenapa tak angkat call saya?,awak marah kan saya ke?,awak ok ke tak ni?,bertubi-tubi Firdaus menanyakan soalah.
“Assalamualaikum,woi ni aku lah,Azrin,kau ni dah kenapa?,”
“Waalaikumsalam,eh Azrin,hmm…Ayim ada tak?,”
“Ayim tak ada,dia keluar dari tadi,tak balik-balik lagi,telefon dia tertinggal,”
“Ye ke?..tapi kan dah lebih jam 12 tengah malam,  tak balik lagi,dia pergi mana?,”
“Entah,aku pon tak tahu,ada apa kau call dia ni,kau nak aku sampaikan apa-apa pesan ke?,”
“Hmmm…nanti kalau dia balik,kau suruh dia call aku balik..tu je..,”
“Ohh…ok..nanti aku bagi tau dia..”

Talian telefon tiba-tiba dimatikan oleh Firdaus. “Amboi mamat ni…tak menyabar-nyabar betul,terus dia matikan fon,hish…geram pulak aku…”Azrin bercakap sendiri.

Aimaan yang menbatukan diri dari tadi terus ketawa sedikit gembira. “Azrin…kaulah kawan  baik aku dunia akhirat, thanks tau dah tolong aku,esok aku bawak kau makan tengah hari,kat restauren Asam Pedas Pak Mail tu…kau suka kan Asam Pedas Ikan Tenggiri kat restauren tu…aku belanja,”bodek Aimaan.

“Alah nak bodek aku lah tu,ala disebabkan kau ni hal kecil je la..setakat bohong sunat..”berderai tawa Azrin dan Aimaan memecah kesunyian malam yang tadinya hanya berlatarkan deringan telefon Aimaan.
Aimaan yang dari tadi asyik melayan perasaan sedih kini sudah mulai hilang dalam sikap mereka berdua yang gila-gila itu.

“Ayim…kita ni dah kawan sejak darjah satu lagi,asal kau tak cerita kat aku kau ada masalahk,kau gaduh dengan Firdaus ke?,”misi mencungkil masalah Aimaan sudah bermula.Ayim hanya mendiamkan diri.Azrin pulak tertanya-tanya mengapa Azrin jadi begini.

“Aku jumpa Kamal dua hari lepas masa kita shopping dekat KLCC,dia nak kami bersama semula,aku tak tahu nak buat ape…”mendatar sahaja suara lelaki itu.

“Asal kau cakap kat aku?”agak tinggi suara Azrin.
bersambung.....