2:Sekolah Baru.
Dua hari lalu…
“Ayim,kau teman aku shopping kat KLCC petang
ni,hari ni kita amik half day je la,”terjengah muka Azrin disebalik penghadang yang membahagi meja pekerja-pekerja di Villa Holding milik Tan Sri Tengku Mukhriz
a.k.a. papa kepada Tengku Hazrin Adriaensyah.
“Woi,tau la company ni papa kau punya,kau boleh
la,keluar masuk bila-bila masuk,aku ni pekerja makan gaji je,” luah Aimaan sedikit menyindir Azrin.
“Ada aku kesah??..nanti kau tulis notis half day
kau letak atas meja aku,aku approve je nanti,dah ni company bapak aku suka hati
aku la…”Azrin mula berlagak dengan dirinya.Ketawa dua sahabat itu mula memecah
kesunyian ruangan kerja Villa Holding.
Beberapa mata pekerja lain terus memandang mereka
berdua akibat ketawa mereka yang meletus tadi.Terdapat juga segelintir pekerja
yang cemburu dengan Aimaan yang rapat dengan anak boss mereka itu.Ini kerana Aimaan seperti bebas melakukan apa sahaja dengan kelebihan yang dimiliki oleh Aimaan itu.
12.20
tengah hari.
“Woi,dah siap belum?”Azrin mencul di belakang Aimaan yang sebuk menyiapkan tugasan terakhirnya.Jam baru menujukkan jam 12.20 tengah
hari.
“Sikit lagi je,tunggu jap,”balas Aimaan tanpa
memandang muka sahabatnya itu.
“Haa.yelah…aku tunggu dalam bilik aku,nanti dah
siap kau panggil aku tau..”Azrin mula melangkah kaki mahu ke biliknya semula
untuk membuat apa yanhg patut sementara menunggu Aimaan menyiapkan tugasannya.
“Azrin..Dah siap dah..”baru sahaja Azrin mahu
meninggalkan ruang kerja Aimaan dia berpaling semula.
“ish..kau ni,aku ingat lama la lagi…k la..aku amik
beg jap,kau turun dulu,tunggu aku dekat kereta..”
“ok..jangan lambat pulak”
**********
Laju kaki Azrin melangkah masuk ke dalam masuk ke
pusat membeli belah KLCC.Aimaan pula,terhegih-hegih menuruti rentak derap langkah
pemuda sasa itu.Laju betul langkahnya.Dan boleh dikatakan seperti orang yang tergesa-gesa
mengejar masa.
‘Hish..dia ni..dah la ajak aku tiba-tiba..keje aku
pon banyak lagi kat pejabat tu..pastu boleh pulak dia jalan laju-laju.. ni yang
buat aku malas nak layan kerenah dia ni,’gumam hah sendiri dalam hati.
‘Macam mana lah masa dia dengan Aqil dating?mesti
budak tu bosan layan sikap si Azrin ni..’
Biasanya Azrin akan mengajak Aqil Darwissh untuk
menemaninya shopping…tapi entah ape angin si Azrin itu mengajaknya shopping
pulak hari ini.Aqil Darwissh murupakan adik angkat kepada Azrin.Tapi layanannya
cukup sempurna.Seperti buah hati sendiri.Sudah lama Azrin menjadikan Aqil
sebagai adik angkatnya sejak setahun lalu.Itulah sikap Azrin yang suka
mengambil adik angkat sejak di bangku sekolah la.Sejak di tingkatan 2 dia sudah
mengambil adik angkat tingkatan satu,selain menjadi dia juga menjadi adik
angkat kepada abang-abang senior tingkatan 5.
Melangkah ke escalator Aimaan hanya mendiamkan diri
sambil menayangkan muka tidak bermaya ke arah pengunjung yang hadir.
Akal sihat Aimaan mula berlayar ke memori silamnya…
**********
“Aiman kan?,”Cikgu Roshida memulakan bicara.
Aimaan hanya mengagguk.Bukan apa,memang sikapnya yang
pendiam sejak memasuki alam sekolah menengah dahulu.Dulu dia menuntut di salah
sebuah sekolah aliran agama yang tidak terkenal di Daerah Sabak
Bernam,Selangor.
Disebabkan keputusannya yang baik dengan
memperolehi 9A dalam peperiksaan PMR dia ditawarkan melanjutkan pelajaran di
sebuah sekoalah SBP di daerah Hilir Perak.
“Aimaan,saya Cikgu Roshida.Saya guru kelas awak dan
awak akan dapat kelas 4 al-Jazari.”
Ayim hanya mengangguk.
“Awak ikut saya”
Laju langkah kaki Cikgu Rose keluar dari bilik
guru.Hann hanya mengikuti setiap langkah cikgu itu.
Sampai di depan kelas aku lihat pelajar di dalam
kelas terus lari mencari tempat duduk masing-masing.
“Assalamualaikum cikgu”ketua kelas mula memberi
salam.Lalu bergemalah suara memberi salam yang disambut oleh semua pelajar
didalam kelas.
“Baiklah kelas,ni Aimaan.Dia akan jadi kawan sekelas
kamu mulai hari ini..Aimaan…kenalkan diri..”pinta Cikgu Roshida.
“Nama saya Nick Aimaan Waffiey.Boleh
panggil saya Ayim.Saya budak baru second in take…harap beri kerjasama”.Aimaan tunduk menahan malu.
Sekumpulan pelajar perempuan tertawa dengan kelakuan Aimaan.Sikap Aimaan yang pemalu dan agak perwatakan seperti seorang yang
jambu.Namun tidak pulak menampakkan kelakuan yang lembut.
“Najwa,Nadia dan Sabrina…kenapa gelak-gelak kat
belakang tu?,”Cikgu Roshida kehairanan.
“Taka ada apa-apa cikgu”serentak mereka menjawab.
“Aimaan awak boleh ambil tempat duduk awak.Awak duduk
kat sebelah Fazril sana tu.Awak tak kesah kan?.”
“Tak cikgu,saya ok je”
Tempat duduk yang paling belakang sekali.Dekat
dengan loker kelas dan dekat dengan tong sampah.OMG!!.Tong sampah kosong,tapi
sampah bertimbun sekeliling tong sampah.Satu je ayat yang Aimaan fikirkan tentang
pelajar dalam kelas ni.SATU KELAS PEMALAS!!!
Satu jam berlalu.Cikgu Roshida mula untuk
meninggalkan kelas.Tapi,belum sempat dia keluar dari pintu kelas dia kembali
semula ke meja guru.Seperti orang teringatkan sesuatu yang tertinggal.
“Aimaan…nanti awak akan duduk satu dorm dengan Zainul..ha Zainul,nanti awak tunjukkan dorm
pada Nick.,”
“Baik cikgu”Zainul hanya menuruti perintah cikgunya
itu.
Zainul hanya memandang Aimaan dengan melepaskan
senyuman.Pada masa yang sama ada sepasang mata sedang memerhatikan Aimaan.Mata
dari salah seorang teman sekelasnya yang duduk di sudut tepi kelas itu.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment