“Aku nak kau lupakan aku”
Agak kasar suara Akmal melafazkan ayat itu pada Hakim.
“Tapi kenapa?”
Suara Hakim tersekat dalam esakan pilu yang dirasakan dalam
dirinya.Sekian lama dia kan Akmal memasuki dunia cinta songsang ini.Tapi hari
ini penamat yang bahagia seperi yang dia harapkan tidak kesampaian.
“Aku tahu,kau sangat cintakan aku,dan aku juga cintakan
kau,kau sedar tak bahawa cinta kita ni salah disisi agama,salah dari sudut
pandang kemanusiaan yang normal,dilaknat Tuhan”
Agak mendatar suara Akmal memberi penjelasan pada Hakim
tentang hasratnya yang ingin berubah dari dunia cinta songsang ni.
“Baiklah,jika itu yang kau mahukan,harus apa lagi yang aku
harus lakukan,Akim reda dengan keputusan Amal”
Akmal berlalu meninggalkan Hakim duduk sendirian dibangku
batu dipinggir kolam sains sekolah.Hakim memerlukan waktu untuk menenangkan dirinya
dengan keputusan yang telah dibuat oleh Akmal.Dia harus menerima hakikat
bahawa Akmal bukan kekasih songsangnya
lagi.
Dua minggu lagi pereriksaan besar SPM akan berlangsung,namun berita
sedih ini tidak dapat ditanggung oleh Hakim sendirian. Air mata kekecewaan
menitis dalam kelam petang di tepi kolam sains sekolah .
‘Mengapa aku diuji sehebat ini?’
‘Ya Allah tidak cukupkah kau uji aku dengan kehilangan ibu
dan bapaku,mengapa kau uji pula aku dengan cinta aku ini.Aku sungguh
mencintainya…’
**********
Selesai membersihkan diri Akmal terus bersiap-siap dengan
baju melayu dengan kain pelikat untuk menunaikan solat Maghrib.Hari ini niatnya
untuk mengimamkan solat Maghrib yang akan diadakan secara berjemaah nanti.Memang
rutin kehidupan dia dan kawan-kawannya yang lain yang bersekolah di sebuah sekolah
berasrama swasta itu untuk menunaikan solat secara berjemaah.
Akmal selesai mengimamkan solat maghrib .Dia beralih
menghadap kebelakang sedikit untuk sesi bacaan doa nanti.Dalam sibuk dia
berwirid dia sempat menjeling kearaah Jemaah makmum untuk mencari kelibat
Hakim.Namun hampa ,Hakim tidak kelihatan di salah satu Jemaah.
“Aiman,ada Nampak Akim tak?”
Akmal bertanya kepada Aiman yang juga rakan sedorm Hakim.Sewaktu hendak keluar dari surau.
“Entah la,aku pon tak Nampak,solat tadi pon tak ada”
“Ok,tak apa lah,weh,ikut aku cari dia jap..”
Aiman hanya mengangguk.
Hari ini Jumaat malam Sabtu,kelas prep malam tiada,diganti dengan
kelas prep pagi esok.Akmal dan Aiman menuju ke kawasan blok akademik.Blok
akademik merupakan kawasan larangan pada pada waktu itu,tapi mereka harus
ke sana untuk mencari Hakim.
“Ehh,dia takda la dalam kelas”
Akmal yang tadi masuk ke kelas keluar semula ke kwasan
koridor.Dia terjengah-jengah ke kawasan sekeliling untuk mencari kalau-kalau
dia ada di sekitar.
“Petang tadi aku ada jumpa dia kat tepi kolam,takkan la dia
ada kat sana lagi?”
“Ehh,jomla cari dia kat sana,mana tau dia ada kat kolam
lagi ke”
Akmal dan Aiman pon berjalan pantas menuju kawasan kolam
sekolah yang terletak di kawasan diantara dua makmal sains itu.
***********
“Astagafirullahalazim”
“Akim!!!”
Pilu hati Akmal apabila di melihat sekujur tubuh yang amat
dikenalinya itu sedang terapung didalam kolam tersebut.
“Aiman kau pergi kuaters guru,panggil cikgu sesape ke,tak
tak,kau panggil la Ustaz Hadi,bagi tau dia yang ada hal kecemasan,cepat sikit
tau..”
Selesai mendengar arahan Aiman terus berlari pantas menuju
ke kuaters guru untuk memaklumkan kejadian sambil mengangkat kain pelikatnya.
Akmal pula terus melonpat ke dalam kolam untuk cuba membantu
Hakim,namun disentuhnya tubuh Hakim sudah tidak bernyawa.Di tarik Hakim ketepi
kolam untuk menaikkan mayatnya.
Akmal pilu duduk ditepi mayat Hakim.Air mata menitis di
pipi.
‘Ya Allah,apa yang telah aku lakukan,mengapa kau ambil nyawa
Akim,mengapa kau tambahkan lagi kesedihan dalam diri aku ni,setelah aku
hancurkan harapan Akim,kini kau ambil pula nyawa Akim.”
Ustaz Hadi datang bersama Cikgu Hafiz dan Aiman dengan nafas tercungap-cungap.
Kedua-duanya mengucap panjang sambil meraup wajah
masing-masing.
“Astagafirullahalazim…apa dah jadi?”
Soal Ustaz Hadi.
“Kami jumpa dia dalam kolam tadi,dah tak bernyawa”
“Takpa saya dah call ambulan.Nanti kamu berdua ikut
sama,jangan bagi tau sesiapa dulu kes ini.Tahu la saya nak settle…"
************
Ipoh,21 September-Seorang pelajar lelaki ditemui mati
lepas didalam sebuah kolam yang terletak disebuah taman sains di sebuah sekolah disini malam tadi.Menurut siasatan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut
dan tanpa niat membunuh diri berikutan keadaan pergelangan kaki yang didapati
terseliuh.Mangsa mungkin berada di tepi kolam sebelum tergelincir jatuh kedalam kolam.Mangsa juga,Mohammad Syawal Hakim,17(gambar)dikatakan mungkin mengalami kekejangan otot apabila jatuh ke dalam kolam sehingga arwah tidak dapat naik semula ke tebing menyebabkan mangsa mati lemas.
Mayat mangsa dijumpai oleh rakan mangsa yang enggan didedahkan namanya setelah menyedari mangsa ditak turut serta dalam solat Jemaah yang sepatutnya disertai oleh setiap pelajar.Mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Darussalam Kuala Kangsar berdekatan pusara arwah ibu dan bapa mangsa.
****************
Seminggu telah berlalu.
Semua pelajar telah mengetahui peristiwa hitam itu.
Akmal masih lagi mendiamkan diri.Begitu juga Aiman.
Mereka diminta oleh pihak pengurusan sekolah untuk tidak
mendedahkan apa-apa cerita kerana mahu menjaga reputasi sekolah dan emosi
pelajar lain memandangkan SPM lagi beberapa hari.
Akmal sungguh sedih.Sudah masuk beberapa hari dia sudah tidak makan.Apabila ditanya dia menjawab tidak lapar atau tiada selera makan.
Akmal sangat terkesan dengan peristiwa hitam itu.Akmal
menyalahkan dirinya atas kejadiaan itu.
‘Kalau aku tak cakap pasal hubungan kami mesti bende ni tak jadi,Akim mesti takkan
mati.Aku yang salah.Aku yang patut mati,bukan Akim…’
“Amal,aku nak bagi tau kau sesuatu”
“Apa dia Akim?”
“Aku sebenarnya suka kat kau…”
“haha..kau buat lawak apa ni Akim?’
“Aku suka kau betul-betul la,aku sayang kat kau”
“Ok..kau songsang ye??”
Hakim hanya tersenyum kelat.Dia ingin mencover apa yang
telah dikatakan.
“Takda lah…aku main-main je..”
“Ohh..terkejut aku…”
“Amal…nanti kau target SPM berapa?”
Hakim cuba menukar topik.
“Aku target straight A’s la…kau?”
“Aku target 5’s je.aku ni bukan pandai macam kau…”
“Hish..kau ni..semua orang sama je,takda yang pandai takda
yang bodoh,yang ade orang yang rakin dengan tidak je..”
“Ye la…Aku harap sangat nak berjaya sama-sama dengan kau,aku
nak sangat tegok kau dapat straight A’s nanti…”
“Yela..aku pon nak jugak bende yang sama,kita sama-sama
dapat straight A’s”
“Akmal….cuba kau tengok ikan koi putih tu,cantikkan…”
“Haah..”
Akmal hanya tersenyum melihat Hakim tersenyum.
Tiba-tiba…
“Akim!!!!!”
Akmal menjerit dalam tidur.Dia terjaga dari buai mimpi yang
pernah dia lalui dulu.Ketika dia duduk di taman sains dengan Hakim sambil
mengulangkaji pelajaran.
“Astagafirullahalazim”
“Aku mimpi…”
Dilihat jam di dinding sudah Jam 3 pagi.Kawan-kawan yang
lain sudah lena dibuai mimpi.Akmal terus bangun dari katil dan menuju meja
belajar.Dia sudah tidak dapat melelapkan mata.Pagi nanti dia akan menduduki
kertas ujian Biologi yang merupakan kertas terakhir untuk SPM.Barang-barang peribadi miliknya sudah pon dipack kerana selepas peperiksaan nanti para pelajar sudah dibenarkan
pulang ke rumah masing-masing.
5.00 petang.
Ibu Akmal dalam perjalan ke Ipoh untuk mengambil
Akmal.Bapanya sibuk berkerja hari ini dan tidak dapat menjemput Akmal
sekali.Terpaksalah Puan Aminah,ibu Akmal memandu sendiri.
Sementara menunggu ibunya,Akmal duduk di tepi kolam Sains.
‘Akim,arini aku dah last paper biologi.Kau doakan aku ye,kau
doakan aku dapat straight A’s macam yang kau nak ye...’
Akmal duduk diatas batu ditepi kolam.Tangannya direndam ke
aie kolam.Air kolam dimain-mainkan olehnya.Jernih airnya.Selepas kejadiaan
arwah Hakim tempoh hari kolam itu telah dicuci dan dibersihkan.
‘Akim,maafkan aku tau sebab suruh kau lupakan kau masa kat
sini ari tu,aku bukan taknak balas balik cinta kau kat aku,tapi cinta kau ni
cinta terlarang,aku harap kau dapat
bersemadi dengan tenang kat sana.Ok lah aku nak bailk ni,lain kali kita
jumpa lagi ye..”
Walaupun Hakim sudah tiada bagi Akmal,Hakim tetap ada
bersatu dengan Ikan Koi Putih yang tinggal didalam kolam itu.Ikan Koi Putih
itulah yang sangat digemari oleh Hakim sewaktu stady group disini suatu ketika
dahulu.
Namun itu semua hanya tinggal kenangan.Kenangan yang tinggal
sejarah pahit dalam dirinya.
‘Selamat tinggal Hakim…’
***************
“Mama…Mama percaya tak pada cinta sejati?”
“Percaya,kenapa?”
“Taka da apa-apa,saja tanya”
Akmal terus menulis bait-bait ayat pada buku diarinya yang
berwarna kelabu itu.Puan Aminah hanya tersenyum melihat anaknya itu.
Sebaik sahaja sampai di persimpangan jalan raya itu….
DRAMMMMMNNNNNNNNNNNNN………..
Kereta Toyota Vios
milik Puan Aminah telah dilanggar dari arah kiri.
KIRI????
Mata Puan Aminah sedikit payah untuk dibuka.Berat matanya
untuk dibuka selepas perlanggaran.
Dalam keadaan kelam dilihat Akmal terkulai disisi
kirinya.Mukanya penuh dengan percikkan darah.Puan Aminah memaksa dirinya yang
agak sukar bergerak akibat perlanggaran tadi untuk membantu Akmal yang sedang
diam terkaku disisinya.
“Akmal,bangan Akmal..”
“Akmal!!!!...bangun Akmal…mama ni…Akmal…”
Puan Aminah terus menggoncangkan badan anaknya.Namun tiada
tindak balas dari Akmal.Puan Aminah terus mangalirkan air mata melihat anaknya
yang kaku di tampat dududk penumpang.
Aiman mengalami pendarahan teruk dibahagian kepada.Darah
memenuhi seganap ruang muka,namun sesuatu yang istimewa….dia tersenyum sambil
erat memegang buku diari yang tadi ditulisnya.
Orang ramai mula berkerumun yang ada yang cuba membantu tapi
apakan daya,hentakan perlanggaran yang teruk telah menyebabkan kedua-dua
mangsa tersepit.
5 minit kemudian pasukan bomba datang memberi bantuan
diikuti dengan kenderaan ambulan.Pasukan bomba mengambil masa kurang 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dari bangkai kereta yang remuk akibat dilanggar dari arah kiri.
27 Novenber 2013. 7.32 malam.
Mohammad Syed Akmal Haiddar Bin Syed Mukhriz telah disahkan
meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.Jenazah dibawa pulang
ke Kangar,Perlis untuk dikebumikan.
**************
27 November 2013.
Hari ini,paper last aku,biologi,hari terakhir aku kat
sekolah ni.Aku akan tinggalkan kenangan aku dengan arwah Hakim buat selama-lamanya.
Pagi tadi buat kali ke 9 aku mimpikan arwah.Setiap mimpi
arwah aku pasti bercerita tentang straight A’s…kalau ini satu petunjuk aku aku
akan dapat 9A,Alhamdulillah ya Allah..
Mama…Akmal sangat rindu dekat mama.Mama sangat baik untuk
Akmal,mama terlalu baik untuk papa.Terima kasih buat mama sebab sudi jadi ibu
yang baik dan isteri yang solehah pada kami.
Mama.kalau mama sedang baca diari Akmal ni…bermakna Akmal
sudah tiada dalam dunia ini.Mungkin Akmal sudah diasana bersama dengan Hakim.Mama,Hakim inilah orang pertama yang cinta kan anak mama ini
sepenuh hatinya.Kalau diberi peluang Akmal nak sangat pergi ikut Hakim ke alam sana.Akmal
nak sangat buat Hakim gembira dan bahagia.Dulu Akmal tak sempat nak buat macam
tu.
Mama.Cukup sekadar mama tahu bahawa Hakim meninggalkan Akmal adalah disebabkan cintanya ditolok oleh Akmal.Akmal tahu mungkin Akmal salah tapi Akmal hanya inginkan reda dari mama. Akmal nak sangat jumpa Hakim untuk balas balik cinta Akim.
Mama.Cukup sekadar mama tahu bahawa Hakim meninggalkan Akmal adalah disebabkan cintanya ditolok oleh Akmal.Akmal tahu mungkin Akmal salah tapi Akmal hanya inginkan reda dari mama. Akmal nak sangat jumpa Hakim untuk balas balik cinta Akim.
Mama.kalau mama baca diari ini,mama tolong jangan
nangis.Akmal sayang sangat dengan mama.Akmal tahu mama takkan benarkan Akmal
pergi jauh kan…sebab mama susah nak berpisah dengan Akmal. Maaf mama kalau
ketentuan maut Akmal datang dulu.Maaf juagk sebab Akmal tak sempat nak teman mama dengan papa pergi haji
seperti yang Akmal janji dulu.Tapi,Akmal tetap akan ada disisi mama walau ape
pon yang terjadi dan walau pon mama tak dapat sentuh kehadiran Akmal...Maafkan Akmal ye mama.
Lagi satu,Akmal dah berusaha sehabis baik untuk SPM.Kalau
Akmal dapat result yang baik nanti itu
merupakan hadiah hari jadi buat mama yang akan tiba pada 21/3 nanti.Dan juga hadiah buat ulang tahun perkahwinan mama yang ke 18 pada 22/3 nanti.Harap keputusan
peperiksaan Akmal nanti boleh buat mama dengan mama gembira tanpa titisan air
mata...
Mama.Akmal pergi dulu ye.Hakim dah tunggu Akmal di alam
sana.Izinkan Akmal pergi ye.Sampaikan salam Akmal pada papa,nenek Pah,Tok ayah
dan keluarga yang lain.Katakan Akmal sangat sayang dapa mereka.
Asslamualaikum.
Akmal Haiddar
********************
Keputusan peperiksaan diumumkan sekolah mendapat 79 orang
straight A’s dan dua daripadanya Straight A’s Plus.
Salah seorang daripadanya ialah…
MOHAMMAD SYED AKMAL HAIDDAR BIN SYED MUKHRIZ…
Seluruh dewan sekolah menjadi sunyi seketika.
Sebuah hadiah
yang terindah dari arwah Akmal buat arwah Hakim.Mungkin mereka sedang tersenyum disana.
