The Filtationship

kisahhidupdibalikpelangi.blogspot.com

Sunday, 6 April 2014

The Flirtationship [part 4]




4.Permulaan Yang Indah...



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

   T H E   F L I R T A T I O N S H I P – P A R T 4

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬





“Aduh…”

‘Alamak!!..siapa pulak yang aku langgar ni,habislah aku...’

“Eh,kau tak apa-apa ke ni??”                                        

“Tak,abang ok ke?”    
                                                                                                                                                                  “Ok”



Lelaki itu bangun lantas menghulurkan tangan untuk membantu Aiman yang sedang terduduk diatas lantai akibat perlanggaran tadi.Aiman hanya mendiamkan diri lalu tanga lelaki itu disambut dengan hati yang bercampur baur.
‘Perasaan apakah ini?,OMG!!Takkanlah sehari masuk hostel aku dah nak dah ada yang berkenan?Kau dah kenapa Aiman???’
Aiman terus bermonolog.Dia membiarkan perasaan didalam hati bercampur dengan akal fikiran yang bukan-bukan membuat seribu satu kesimpulan yang tidak dapat dirungkai.

“Budak baru ke?Form 4?”                                                                                                                                                                                                            
  “Haah,form 4,abang?”      
                                                                                                                                                  
“Hafiz,kau panggil je abang Beto…form 5,nama kau sapa?”                                
                                                                                          
     “Nick Aimaan Waffiey,panggil je Aiman…”

Hafiz menghulurkan tangan untuk bersalam tanda perkernalan bermula.Aiman menyambut tangan Hafiz.
‘Ini kebudak yang Akmal cakap kat aku tu?,yela kot’

“Kau budak Amber ke?”                                                                                                                                                                                                                               
  “Haah..depan ni la dorm saya..”Aiman menunjukkan dormnya yang terletak betul-betul di depan tangga itu.                                                

“Ohh..kau ke budak baru yang ada jumpe abang Akmal tadi?”                                                                             
    
“Haah..kenapa bang?”

Hafiz tersenyum.
‘Not bad budak ni,muka handsome,tinggi lampai,kulit,putih,body boleh tahan,taste aku…kalau dapat ni aku peluk sampai pagi,tak lepas dah…’
Fikiran nakal Hafiz mula membuat andaian tentang diri Aiman.

“Nak tanya,ada Nampak abang Akmal tak?,nak jumpa dia sekejap..”                                                                          
“Ohh…dia baru je turun guna tangga ni,tak selisih ke?”           
                                                                                                            
“Ehh yeke,tak perasan pulak,ohh..tak apalah bang nanti je lah saya jumpa dia..”                                                
 “Hrmm…yelah..by the way abang ni KR Amber,”                                                                                                          
               
“Ohh..yeke,maaf bang saya tak tahu…”                                                                       
                                                                             
“Tak pe abang tak marah pon tapi jangan la nk berabang-abang dengan aku..rasa geli pulak”                         

“Baiklah…saya ikut abang je..”                                                                                                                                                                     
“Ok lah,aku nak pergi kelas dulu…dah lambat ni,lagi satu hati-hati sikit dengan abang Akmal tu..”

Hafiz berlalu pergi dengan menuruhi anak tangga menggalkan Aiman dengan kata pesanan yang amat pelik bunyinya,
‘hati-hati dengan abang Akmal..’
‘..dah kenapa pulak ini,hish abang Hafiz ni,buat aku pening kepala pulak,kenapa dia akap macam tu?apa yang bahayanya abang Akmal tu?’
Marahnya pada abang Akmal mula mereda.Aiman duduk sendirian didalam dorm dan tidak berteman sesiapa.Setengah jam berlalu,Aiman mula berasa bosan dengan keadaan disitu.Hanya berseorangan di dalam dorm tanpa melakukan apa-apa,sesekali dia beralih ke side sebelah untuk melihat suasana sekeliling dorm.
‘Kosong’

Itulah satu-satunya  ayat yang timbul di fikirannya.Dorm yang dicat dengan rona putih ditambah dengan tida dekorasi dan sebarang hiasan dorm menambahkan lagi kesuraman dorm.Tingkap yang sedikit terbuka dengan tidak berlangsir.Tikar dorm berwarna biru muda yang terkoyak.
Apakah??

‘Baik aku pergi kelas,ambil buku kejap,takdelah boring sangat nanti’
Aiman terus keluar dari dorm AL 24 itu dan menuruni anak tangga.Menyusuri lalu berbumbung dia terus menghala ke block akademik untuk ke kelas.Aiman bercadang untuk mengambil beberapa buku matapelajaran untuk dia ulang kaji.






▬▬▬▬▬ The Flirtationship  ▬▬▬▬▬





“Assalamualaikm…”

Aiman memberi salam dengan nada yang perlahan.Setiap mata yang berada di dalam kelas itu sedang memandangnya.Seakan-akan suatu yang aneh sedang berlaku.

‘Eh,diorang ni,pelik sangat ke aku masuk kelas,ingat aku ni hantu ke nak pandang aku macam tu,lagi-lagi minah 3 ekor tu…macam tak pernah tegok orang…cucuk karang biji mata tu baru tahu..’keluh Aiman sendirian didalam hati melihat riaksi Diva Kelas mula menunjuk belang.Diva Kelas itu adalah nama yang diberikan oleh Aiman merujuk kepada Najwa,Nadia dan Sabrina dengan apa yang berlaku pagi tadi semasa sesi memperkenal diri pagi tadi.

“Eh kau buat ape ni?Bukan budak baru tak payah ikut prep ke?”Zainul mula menegur.

“Aku bosan duduk dorm sorang-sorang baik aku duduk dalam kelas,boleh gak sembang-sebang dengan korang,dapat gak kenal kawan-kawan”

“Meh la duduk dengan kitorang,boleh sembang-sembang”ajak Fazril.

Aiman menarik kerusi dari meja belakang untuk turut serta dalam kumpulan belajar itu.Kumpulan itu disertai oleh Zainul,Fazril dan dua orang pelajar yang diperkenalan di dorm 2 tadi.

Dilihat sekeliling.Matanya tertancap pada tubuh seseorang.Kamal Azman.Seorang pengawas yang menguruskan pengambilannya pagi tadi.Dia duduk di suduk tepi kelas yang agak terkebelakang.Khusyuk benar dia menelaah.Aiman hanya memandang dengan sudut mata tepi.Takut-takut ketahuan dia mengusha dirinya.

Dalam khusyuk Aiman bersembang dia sedar seseorangsedang memerhatikannya dari belakang. Adakala dia sedar memandang kearah Kamal.Tapi akan mengelak bila dia memandangnya kembali.Seringkali dia keluar dari kelas.Mungkin ke tandas.Atau cuba mengelak

Aiman mula berasa kurang senang dengan sikap Kamal.Namun dia cuba menyembunyikan rasa itu.
Lima minit berselang,Kamal keluar semula dari kelas.
Kini giliran Aiman untuk ke tandas.






▬▬▬▬▬ The Flirtationship  ▬▬▬▬▬





Aiman melepasi pintu masuk tandas di hujung blok kelasnya.
Dia membuka pili paip di singki yang paling hujung.Curahan air ditahan dengan kedua belah tapak tangan.Hampir sahaja air memenuhi tadahan tangan,ia disuakan ke muka.Dari belakang,pintu tandas dikuak dari arah dalam.Kamal keluar sambil membetulkan zip seluar dan bajunya.Dia tidak perasan akan kehadiran Aiman disitu. Agak lama dia berdiri dimuka pintu tandas.

Kamal sedikit terkejut apabila melihat kelibat Aiman di cermin tandas dihadapannya.Dia terus ke hadapan sinki untuk membasuh tangan.Sebelum itu Kamal sempat membetulkan tali lehernya  sambil bercermin.Aiman terus menghampiri Kamal.

“Hai…aku Aiman”                                                                                                                                          

Kamal hanya tersenyum.  

“Kamal”
Kamal menghulurkan tangan untuk bersalam lantas disambut laju oleh Aiman.

“So macam mana first day kat sini ok?”                                                                                                                      
“Ok..biasa je..tak ada apa-apa yang lain pon..”                                                                                                                         
“Ok la tu kalau kau cakap macam tu..”                                                                                                                                      
Aiman yang tadi berdiri agak jauh kini sudah mendekatkan dulu dengan tempat Kamal berdiri.Jarak antara mereka hanya beberapa inci sahaja.Dengan keadaan Kamal sebadang memandang cemin tandas manakala Aiman menghadap deretan tandas.

Aiman mendekatkan mulutnya ke telinga Kamal.Dia seakan-akan ingin berbisik.

“Aku perasan dalam kelas tadi kau asyik pandang aku je…kau ok ke tak ni?”

Soalan dari Aiman itu mematikan pandangan Kamal di kaca cermin yang berkilat itu.Kamal tidak tahu mahu menjawab apa.Terkedu dengan soalan yang diajukan oleh Aiman si budak baru itu.

‘Hish..dia ni dah tau ke aku usha dia.Aduh habis la aku…kalau kantoi macam mana?..kalau dia bagi tau satu kelas macam mana?..’

Kamal hanya terdiam kaku memandang cermin memanjang itu.

“Pandangan mata dapat menceritakan segala-galanya”

Kata-kata Aiman semakin aneh.Aiman terus keluar dari tandas itu membiarkan Kamal sendirian didalam tandas.Aiman berjalan lambat sambil memetik jari dan bersiul dengan perlahan.Dia seperti sedang berlagu untuk memerli Kamal atas kesilapan dia mencuri-curi pandang didalam kelas tadi.Tersenyum Aiman di pintu tandas melihat riak wajah Kamal apabila disuakan dengan soalan cepumas tadi.haha..

Aiman kembali duduk di kerusi yang sama untuk menyambung kembali sembangnya yang terputus semasa dia keluar ke tandas tadi.

Hampir lima minit barulah Kamal melngkah masuk ke dalam kelas.Aiman memandang ke arah Kamal lalu senyam diukirnya.Kamal hanya menyambut senyuman itu dengan mengalihkan mata ke arah lain.Mungkin malu atas tindakannya diketahui oleh Aiman.







▬▬▬▬▬ The Flirtationship  ▬▬▬▬▬






Malam itu kelas prep malan berjalan seperti biasa.Kelas prep malam biasanya akan diisi dengan study group.Malam ini Zainul sudah mengajak Aiman membuat study group bersamanya.Yang dia tahu Zainul akan bersama dengan Husna.Rakan study group mereka..

Tapi…

Apakah???

‘Takkan la aku satu group dengan budak pelik ni..’

Minda Aiman mula mengomel sendiri.Mungkin Aiman kurang selesa dengan tindakan Kamal siang tadi. Tapi diikhlaskan juga hatinya.Nak tak nak dia harus jugak menerima Kamal dalam kehiduapn barunya. Kalau dulu Azrin selalu menjadi peneman setianya,kini dia sudah tiada lagi.Kehidupan berasramanya baru sahaja bermula.

Permulaan study group memang agak membosankan.Namun lama kelamaan aku semakin serasi dengan mereka. Lagi rapat dengan Zainul dan Husna tapi agak kekok apabila dengn Kamal.Namun selepas setiap persoalan Aiman dijawab semua oleh Kamal dia mula teringin untuk mengenali Kamal dengan lebih rapat.

“Kamal yang ni macam mana?” Aiman bertanya sambil menunjukkan soalan matematik tambahan kepada Kamal.

“Zainul…tukar tempat aku nak ajar Aiman jap..”

Zainul dan Kamal mula bertukar tempat duduk.Aiman kini duduk bersebelahan dengan Kamal.Khusyuk benar Kamal mengajar Aiman.Tapi mata Aiman asyik memandang mata Kamal dari tepi.Cantik matanya.Rona mata yang berwarna coklat ditambah dengan alis mata yang agak melentik.Aiman seperti dapat merasakan satu perasaan aneh dalam dirinya.Sukar ditafsirkan.Dia seperti ingin mengenali Kamal dengan lebih mendalam.

Selesai Kamal menunjukkan jalan kerja Aiman kembali ke dunia reality.

Dilihatnya dibawah jalan kerja ada kombinasi abjad…

“PMDMS”

Apakah??Aiman memandang kearah Kamal.Namun pandangannya tidak dihiraukan oleh Kamal.Aiman tertanya-tanya apakah maksud kombinasi abjad tersebut??Kenapa dia menulisnya??Apakah yang cuba disampaikan oleh Kamal??Semua tanda tanya seperti sedang bermain kejar-kejar didalam akal sihatnya. Perbincangan study group malam ini diakhiri dengan persoalan yang ditinggalkan oleh Kamal.

“Kamal,malam ni Aiman teman ko duty boleh?aku ade hal lah...”

“Aku ok je…kau ok ke Aiman??”

Baru Aiman tahu bahawa Zainul dan Una adalah couple.Patut lah mereka dilihat sangat rapat oleh Aiman.
Kamal pula setiap hari rabu malam akan bertugas memastikan semua pelajar sudah meninggalkan blok akademik.Aiman pantas menggangguk perlahan tanda setuju.Aiman mengemas barang dan mengikut Kamal dari belakang.

“Kau ok tak?”

Kamal memulakan perbualan.

“Ok..kenape kau tanyer?”

“Tak ada apa..saja”

Kami melintasi tandas yang menjadi tempat perkenalan bagi mereka berdua.Dia teringat dengan kata-kata terakhir yang diungkapkannya untuk Kamal…

“Panndangan Mata Dapat Menceritakan Segala-galanya…”

Aiman senyum sendiri mengingatkan peristiwa didalam tandas itu petang tadi.Kejap....

Dia teringat sesuatu.Kombinasi abjad di jalan kerja matematik tambahan tadi.

P=Pandangan
M=Mata
D=Dapat
M=Menceritakan
S=Segala-galanya

Persoalan yang bermain kejar-kejar dimindanya sudah berhenti.Persoalan sudah terjawab.Rupa-rupanya Kamal juga perasan Aiman sedang memandangnya semasa study group tadi.Senyum semakin lebar.OK… Dia dah balas dendam…semua dah 0-0..ok faham…

Prep malam pertama yang indah dan tidak dapat dia lupakan….








~BERSAMBUNG à J



p/s:maaf lambat post,kualiti cerita masih lemah..komen banyak2 untuk penambahbaikkan siri yang akan datang..

No comments:

Post a Comment