The Filtationship

kisahhidupdibalikpelangi.blogspot.com

Friday, 28 February 2014

The Flirtationship [part 2]

2:Sekolah Baru.

Dua hari lalu…
“Ayim,kau teman aku shopping kat KLCC petang ni,hari ni kita amik half day je la,”terjengah muka Azrin disebalik penghadang yang membahagi meja pekerja-pekerja di Villa Holding milik Tan Sri Tengku Mukhriz a.k.a. papa kepada Tengku Hazrin Adriaensyah.

“Woi,tau la company ni papa kau punya,kau boleh la,keluar masuk bila-bila masuk,aku ni pekerja makan gaji je,” luah Aimaan sedikit menyindir Azrin.

“Ada aku kesah??..nanti kau tulis notis half day kau letak atas meja aku,aku approve je nanti,dah ni company bapak aku suka hati aku la…”Azrin mula berlagak dengan dirinya.Ketawa dua sahabat itu mula memecah kesunyian ruangan kerja Villa Holding. 

Beberapa mata pekerja lain terus memandang mereka berdua akibat ketawa mereka yang meletus tadi.Terdapat juga segelintir pekerja yang cemburu dengan Aimaan yang rapat dengan anak boss mereka itu.Ini kerana Aimaan seperti bebas melakukan apa sahaja dengan kelebihan yang dimiliki oleh Aimaan itu.

12.20 tengah hari.
“Woi,dah siap belum?”Azrin mencul di belakang Aimaan yang sebuk menyiapkan tugasan terakhirnya.Jam baru menujukkan jam 12.20 tengah hari.

“Sikit lagi je,tunggu jap,”balas Aimaan tanpa memandang muka sahabatnya itu.
“Haa.yelah…aku tunggu dalam bilik aku,nanti dah siap kau panggil aku tau..”Azrin mula melangkah kaki mahu ke biliknya semula untuk membuat apa yanhg patut sementara menunggu Aimaan menyiapkan tugasannya.

“Azrin..Dah siap dah..”baru sahaja Azrin mahu meninggalkan ruang kerja Aimaan dia berpaling semula.
“ish..kau ni,aku ingat lama la lagi…k la..aku amik beg jap,kau turun dulu,tunggu aku dekat kereta..”
“ok..jangan lambat pulak”
**********

Laju kaki Azrin melangkah masuk ke dalam masuk ke pusat membeli belah KLCC.Aimaan pula,terhegih-hegih menuruti rentak derap langkah pemuda sasa itu.Laju betul langkahnya.Dan boleh dikatakan seperti orang yang tergesa-gesa mengejar masa.

‘Hish..dia ni..dah la ajak aku tiba-tiba..keje aku pon banyak lagi kat pejabat tu..pastu boleh pulak dia jalan laju-laju.. ni yang buat aku malas nak layan kerenah dia ni,’gumam hah sendiri dalam hati.

‘Macam mana lah masa dia dengan Aqil dating?mesti budak tu bosan layan sikap si Azrin ni..’

Biasanya Azrin akan mengajak Aqil Darwissh untuk menemaninya shopping…tapi entah ape angin si Azrin itu mengajaknya shopping pulak hari ini.Aqil Darwissh murupakan adik angkat kepada Azrin.Tapi layanannya cukup sempurna.Seperti buah hati sendiri.Sudah lama Azrin menjadikan Aqil sebagai adik angkatnya sejak setahun lalu.Itulah sikap Azrin yang suka mengambil adik angkat sejak di bangku sekolah la.Sejak di tingkatan 2 dia sudah mengambil adik angkat tingkatan satu,selain menjadi dia juga menjadi adik angkat kepada abang-abang senior tingkatan 5.

Melangkah ke escalator Aimaan hanya mendiamkan diri sambil menayangkan muka tidak bermaya ke arah pengunjung yang hadir.

Akal sihat Aimaan mula berlayar ke memori silamnya…

**********
“Aiman kan?,”Cikgu Roshida memulakan bicara.
Aimaan hanya mengagguk.Bukan apa,memang sikapnya yang pendiam sejak memasuki alam sekolah menengah dahulu.Dulu dia menuntut di salah sebuah sekolah aliran agama yang tidak terkenal di Daerah Sabak Bernam,Selangor.

Disebabkan keputusannya yang baik dengan memperolehi 9A dalam peperiksaan PMR dia ditawarkan melanjutkan pelajaran di sebuah sekoalah SBP di daerah Hilir Perak.

“Aimaan,saya Cikgu Roshida.Saya guru kelas awak dan awak akan dapat kelas 4 al-Jazari.”
Ayim hanya mengangguk.
“Awak ikut saya”

Laju langkah kaki Cikgu Rose keluar dari bilik guru.Hann hanya mengikuti setiap langkah cikgu itu.
Sampai di depan kelas aku lihat pelajar di dalam kelas terus lari mencari tempat duduk masing-masing.

“Assalamualaikum cikgu”ketua kelas mula memberi salam.Lalu bergemalah suara memberi salam yang disambut oleh semua pelajar didalam kelas.
“Baiklah kelas,ni Aimaan.Dia akan jadi kawan sekelas kamu mulai hari ini..Aimaan…kenalkan diri..”pinta Cikgu Roshida.
“Nama saya Nick Aimaan Waffiey.Boleh panggil saya Ayim.Saya budak baru second in take…harap beri kerjasama”.Aimaan tunduk menahan malu.

Sekumpulan pelajar perempuan tertawa dengan kelakuan Aimaan.Sikap Aimaan yang pemalu dan agak perwatakan seperti seorang yang jambu.Namun tidak pulak menampakkan kelakuan yang lembut.

“Najwa,Nadia dan Sabrina…kenapa gelak-gelak kat belakang tu?,”Cikgu Roshida kehairanan.
“Taka ada apa-apa cikgu”serentak mereka menjawab.
“Aimaan awak boleh ambil tempat duduk awak.Awak duduk kat sebelah Fazril sana tu.Awak tak kesah kan?.”
“Tak cikgu,saya ok je”

Tempat duduk yang paling belakang sekali.Dekat dengan loker kelas dan dekat dengan tong sampah.OMG!!.Tong sampah kosong,tapi sampah bertimbun sekeliling tong sampah.Satu je ayat yang Aimaan fikirkan tentang pelajar dalam kelas ni.SATU KELAS PEMALAS!!!

Satu jam berlalu.Cikgu Roshida mula untuk meninggalkan kelas.Tapi,belum sempat dia keluar dari pintu kelas dia kembali semula ke meja guru.Seperti orang teringatkan sesuatu yang tertinggal.

“Aimaan…nanti awak akan duduk satu dorm dengan  Zainul..ha Zainul,nanti awak tunjukkan dorm pada Nick.,”
“Baik cikgu”Zainul hanya menuruti perintah cikgunya itu.


Zainul hanya memandang Aimaan dengan melepaskan senyuman.Pada masa yang sama ada sepasang mata sedang memerhatikan Aimaan.Mata dari salah seorang teman sekelasnya yang duduk di sudut tepi kelas itu.






Bersambung...

Tuesday, 25 February 2014

The Flirtationship [part 1]

1:keliru

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki

Salahkah.. salahkah
Salahkah.. salahkah ku..


“Woi…angkat la fon tu..bising la…dah la bunyi fon tu kuat giler..kalau silent aku tak kesah…Ayim…angkat la fon tu…”dari jauh Azrin sudah terjerit-jerit.

Telefon yang berdering dari tadi menggangu ketenangan Azrin yang sedang menonton drama Korea di kaca television.Dia bingkas bangun mengetuk pintu bilik Ayim. 

“Ayim,buka pintu ni, buka la cepat”sedikit terjerit-jerit Azrin diluar pintu.
“Kenapa?...ada apa kau ketuk mintu aku macam nk roboh ni?...”Aimaan malas melayan kawannya itu.
“Kau ni  dah kenapa?..,telefon tu asyik berdering je,angkat la,naik pekak dah aku dengar lagu Hafiz dengan penyanyi Indon tu,…Ayim buka pintu ni cepat…”naik marah jugak Azrin dengan sikap kawannya yang ‘gila-gila’ itu.Baru gaduh dengan boyfriend la tu.

Lambat Aimaan bangun dari pembaringannya lantas membuka pintu biliknya.Nampak sangat dia sedang tiada mood.Almaklumlah ada masalah dengan teman lelakinya.Kalau tidak macam mana boleh jadi macam ni.

“Ayim ape lagi la masalah kau ni,telefon kau tu dari tadi dok nyanyi lagu Hafiz dengan Rossa tu…asal tak jawab?...”Azrin mula bertanya untuk mencuba mencari tahu apa yang terjadi pada kawan baiknya itu.

“Aku malas la nak jawab,tak de mood…kalau kau nak jawab,kau jawab je lah untuk aku..pastu kau cakap dengan mamat ‘ngok’ tu…aku dah tak ada..atau kau cakap je aku dah mati,”amboi marah betul Aimaan pada Firdaus Ariff nampaknya.

“Woi,ada pulak mati main-main…kau ingat mat utu kerje main-main…kau ni kenapa?...aku tengok dua tiga hari ni macam tak da mood je..kau gaduh dengan ‘balak’ kau lagi ye?,”Azrin mula mencungkil masalah kawannya itu.

Nick Aimaan Waffiey  hanya mendiamkan diri dan membiarkan soalan kawannya itu berlalu tanpa jawapan.
Azrin yang sudah duduk dibirai katil mengerling ke atas meja kerja di tepi katil Aimaan.Dilihatnya pada skrin telefon Sonny Experia milik Ayim.Amboi…24 ‘miss call’ dan 17 masej pesanan ringkas yang belum dibaca.

Marah betul mamat ni dekat jantan ‘sengal’ tu..Sekali lagi telefon Aimaan bernyanyi lagi.Kali ni Azrin sudah menjeling ke arah Aimaan.Aimaan membutangkan matanya.

“Azrin,kau tolong aku,kau jawabkan telefon aku tu…kau cakap la aku tak ada kat rumah ke,ape ke…tolong ye…”mendengar rayuan Aimaan,Azrin mula serba salah.
“Ok la,ok la…tapi kali ni je ye..lepas ni aku dah tak nak masuk campur,”termakan juga Azrin dengan pujuk rayu Aimaan.


Aimaan yang sudah dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.Sama-sama menuntuk di sekolah yang sama.Kemana-mana asyik bersama sahaja.Dah macam kembar dah.Suka duka mereka berdua kongsi bersama.
Azrin menekan punat telefon.Dia sempat menari nafas untuk mendapatkan idea untuk menyelamatkan kawannya itu.


“Sayang,kenapa tak angkat call saya?,awak marah kan saya ke?,awak ok ke tak ni?,bertubi-tubi Firdaus menanyakan soalah.
“Assalamualaikum,woi ni aku lah,Azrin,kau ni dah kenapa?,”
“Waalaikumsalam,eh Azrin,hmm…Ayim ada tak?,”
“Ayim tak ada,dia keluar dari tadi,tak balik-balik lagi,telefon dia tertinggal,”
“Ye ke?..tapi kan dah lebih jam 12 tengah malam,  tak balik lagi,dia pergi mana?,”
“Entah,aku pon tak tahu,ada apa kau call dia ni,kau nak aku sampaikan apa-apa pesan ke?,”
“Hmmm…nanti kalau dia balik,kau suruh dia call aku balik..tu je..,”
“Ohh…ok..nanti aku bagi tau dia..”

Talian telefon tiba-tiba dimatikan oleh Firdaus. “Amboi mamat ni…tak menyabar-nyabar betul,terus dia matikan fon,hish…geram pulak aku…”Azrin bercakap sendiri.

Aimaan yang menbatukan diri dari tadi terus ketawa sedikit gembira. “Azrin…kaulah kawan  baik aku dunia akhirat, thanks tau dah tolong aku,esok aku bawak kau makan tengah hari,kat restauren Asam Pedas Pak Mail tu…kau suka kan Asam Pedas Ikan Tenggiri kat restauren tu…aku belanja,”bodek Aimaan.

“Alah nak bodek aku lah tu,ala disebabkan kau ni hal kecil je la..setakat bohong sunat..”berderai tawa Azrin dan Aimaan memecah kesunyian malam yang tadinya hanya berlatarkan deringan telefon Aimaan.
Aimaan yang dari tadi asyik melayan perasaan sedih kini sudah mulai hilang dalam sikap mereka berdua yang gila-gila itu.

“Ayim…kita ni dah kawan sejak darjah satu lagi,asal kau tak cerita kat aku kau ada masalahk,kau gaduh dengan Firdaus ke?,”misi mencungkil masalah Aimaan sudah bermula.Ayim hanya mendiamkan diri.Azrin pulak tertanya-tanya mengapa Azrin jadi begini.

“Aku jumpa Kamal dua hari lepas masa kita shopping dekat KLCC,dia nak kami bersama semula,aku tak tahu nak buat ape…”mendatar sahaja suara lelaki itu.

“Asal kau cakap kat aku?”agak tinggi suara Azrin.
bersambung.....

Friday, 24 January 2014

kenapa pada aku???


MAAFKAN AKU MAK!!!!







Semua ini adalah cerita sebenar yang aku alami…

27 November 2013 1.45 tgh hari
“Mak,kite bru abis solat,nnt kol 2 baru msok dewan utk paper 3 bio n mk suwoh abah amik kite kol 3.30 ye..time tu dah abis exam…”
Tu je ayat mesej aku yg sempat aku hantar kt mak aku sbelum masuk dewan exam utuk paper last spm 2013.wahhh…akhirnya hari yg aku nnti-nntikan tiba jugak..hari last spm..paper bio..yg risau nyer ape yg target tu “ MASOK” PULAK!!!..kesah plak aku..yg penting habis..
3.30 ptg..
“perhatian kepada semua calon spm 2013 sm sains bagan datoh,masa menjawab untuk kertas biologi kertas 3 telah tamat,sila semak butiran peribadi calon peperiksaan pada kertas jawapan anda..pengawas peperiksaan akan mengutip kertas jawapan anda sekarang…”
Tu lah ayat yg aku tunggu2 dri ketua pengaws peperiksaan..huhu..habis gak spm aku …
3.50 ptg..
Habis susun kerusi n meje lepas abis exam..aku tengok ade msj masuk..oh mak…ringkas je msj dr mak… “k”…tu je mak balas…
4.15 ptg…
Rupa2nye abah dah sampai kt belakang dm(dewan Makan) ..aku pon sebok dok anggkut barang bwk masuk kereta sbb ni la hari last aku kt sabda ni..x perasan shamsul pun ade sekali…sebelum balik aku sempat salam shamsul..huhu…rusydi ngan iwan pon aku salam sekali..pasti mungkin kitorang xkan jumpa..rupe2nye ..kakak long aku ikut sekali..dy kata cuti…so balik kmpung penat kot hari2 kerje dekat pulau pinang ..ari ni dy nk balik penang balik..

12 November 2013
9.30 mlm…
Aku ingat lg time ni..aku call mak suwoh dtg sekolah jumpe aku,sebab aku nk luangkn masa utuk bersama mk dgn abah,aku dgr suara mk lain mcm ..mk kata pening kepala dgn baru baik demam..ok la…aku just suruh mkm ubat je la…mak kata hari ahad nanti dy dtg…..esok aku akan ada exam sejarh paper 1 n 2..khamis pulak sejrh paper 3…hu…mlm tu aku just bace nota2 ringkas untuk prsiapan esok..

17 November 2013
Hari ni mak aku akan dtg sekolah lawat aku…ok..ye la…x sabar..aku tunggu mk dekat lobby sekolh..dlm pkol 2.30 bru mk dtg…
Muke mak nampk pucat sgt..aku tegor mak…nape muke pucat..mak kate demam..oh…aku tanyer lagi..dah makan ubat ke?..mk aku jawab dah mkan…ok la.dah mkn…dy kate nnt elok la tu..
Nk dekat pkol 5 mak ngan abah balik…sebelum balik abah bg aku duit belanja 50 inggit ..aku amik simpan dlm poket..

27 November 2013
5.00 ptg…(on the way hantar kakak aku ke bus station teluk intan)
Dalam kereta..kakak aku ckp ade benda nk cerita…wah..cam cerita suspen je…then dy suroh amik bekas ubah kat tempat duduk belakang…?????aku pelik…Ade bekas insulin injection..ha???? sape pulak yg sakit ??..sebenarya mk baru je keluar hospital…mak masuk wad 10 hari..kat hospital teluk intan…sedih sgt..aku tanyer bile mk masuk wad…kakak kata ingat x hari tu mak pernah dtg lawat kau 2 minggu lepas…
Lepas balik lawat aku hari tu mk pergi hosptl sabk bernam..kene tahan..pastu pindh hospital teluk intan..
Dlm sebak dan sedih..baru aku teringat…

19 November 2013
8.30 mlm..
5 kali aku call mak..sume x angkat..asal x angkat…then aku cal abah pulak,,,sama!!x angkat jugak…eh nape ni…last aku call mk sekali lg..yg pelik…kak ngah yg angkat,biasanya kak ngah akn balik umah bila ade hal penting..…kak ngah ckp mk dah tidur..dy suroh call esok2 je la..
9.00 mlm..
Abah call balik…dy kata x dengar ade org call…aku tanyer nape mk x angkat on…abah kate mk dah tidur kot..aku mintak nk ckp dgn adik aku yg 3 taun tu...abh kata abah kat luar..bukan kt rumah,lg pon time cmni adik dah tido biasanya.…lama gak aku sembang ngan abah.. aku ckp la..yg aku risau pasal paper Agama semlm…dy kata yg dah tu sudah la…yakin je…abah tau kau dah buat yg terbaik…
Kalau abah dah ckp camtu aku jd lega sikit la…huhu..abah ni pandai gak bg nasihat…

27 November 2013
5.30 ptg...
Aku sedih...baru aku tau yg mase tu rupenyer mk kat hospital...patut la x jwb call aku...teliti betul abah ngan mak rangcg utuk xnk bg aku risau...patut la tiap kali aku call nk ckp dgn adik aku yg 3 taun tu abah x kasi,bg banyak alasan...rupenyer xnk adik terlepas ckp dgn aku...
Kat bas station teluk intan akak aku ajar aku camne nk buat injection kalau mk x stabil n bg panduan cmne nk bg mk mkn ubat…
Lpas akak naik bas sempat cakap..
“.Adik akak dah jage mk mase kt wad hari tu…akak nk balik ni…lepas ni ,kau pulak kene jage mk..kalau mk sakit cepat2 call akak..n bwk mk g hospital..
Jage mkan minum mak…jaga waktu mak utk mkan ubat…jgn bg mk buat kerje nk buat mk stress…”
Tu je pesanan akak yg aku masih ingat..
On the way nk balik umak…aku hanye termenung menghala ke luar tingkap kereta di tempat duduk pnumpang..aku sedih ..






Kenape mk rahsiakan semua ni dari aku…mase aku tgh berperang dlm exam…mk pulak sedang perperang dgn maut…xde sorang pony g nk bg tau aku…mk yg susah payah lahirkn aku…aku xde kat sisi dy bile dy sakit…dy kat hospital mcm telur d hujung tanduk antara hidup dan mati …aku pulak.. terkapai-kapai study utk spm…mase tu spm bg aku x penting bg aku…bg aku nyawa mak aku lebih penting…
Aku tau mungkin dyorang risau aku akan terganggu masa exam aritu kalau dyorang bgtau yg mak sakit..
Aku teringat pulak kat kisah kawan aku sorng ni..

13 November 2013
1.15 tgh hari...

x payah kot aku sebut name dy..mase tgh exam…family dy dtg…abis je exam dy terus balik umah dy…rupenyer ayah dy meninggal dunia...(al fatihah untuk allahyarham)… yg lg sedih ayah dy meninggal dlm mlm seblum exam..lepas exam baru dy tau….kluarga dy rahsiakn dulu sbb takut ganggu dy..
Aku sedih sebb aku agak rapat dgn dy..kesian dy…
Lepas tu ,..aku terus call mak…rase lain mcm pulak…takut jd pape kt mak…mak kate dy sihat je…abah pon sihat..mak tanyer aku kenape tiba2 tanya..exam ok ke??
Ohh..ok..mak..td kan ayah kawan kite meninggal…kesian kat dy…takut jd kat kite pulak…ehh..mak ngan abah xde pape la..ok je jgn risan…
Ok la klau mk dah ckp mcm tu…

27 November 2013
7.50 mlm…

Baru aku smpai rumah…aku terus gi tengok mak…mk ade kat ruang tamu..baring,tidor agak nye…aku terus peluk mak…mak yg tadinya tidur terus terbangun…
aku tanye mak…kenapa mk x bg tau..kenapa rahsiakan…mak kata…takut kat x focus nanti…kalau mk sakit tu lg penting… cakap je..kite boleh terima…












aku tanyer lagi…mak dah makan ubat ke??...dgn mulut yg agak lambat dy ckp…belum..mak tunggu fahmi…mk nak fahmi suap kan mk makan ubat..
Aku sebak…macam manelah mak mkan ubat kt hospital …sape yg suapkn…mak sakit sape yg jage…kalau mk bg tahu..kite boleh balik lawat mak kat hospital…cikgu bg la…cikgu x la kejam sgt…
Sekarang aku tau…derita ape yg mak rasa saat aku xde kat sisi dia masa dy sakit…mak…maafkan fahmi ye…kite x jage mak kat hospital haritu..

Disember 2013

Mulai hari tu aku yg jage mak…makan minum mk sume aku sediakan…tanpa tinggal satu pon..aku amik tanggungjawab jaga mak yg sakit…sbgai ganti x boleh jaga mak kat hospital masa dy masuk wad dulu…
Cuma nasihat mak anjang yg aku pegang…
“mak tu sakit…dulu mase kau kecik dy jaga kau…jage makan minum kau..ni la masa kau nk balas jasa dy…bg la mak tu rehat sekejap sebelum dy pergi nanti…”

Tu je yg aku ingat..

25 Disember 2013
Hari ni mak anjang dgn mak uteh balik kampong…dalam elok2 sembang…dgn mak anjang dgn mk uteh…mak anjang ckp…
“fahmi…mak kau tu tgh sakit…kau je la harapan dy kat rumah kau tu…akak dgn abg kau tu kerje carik duit…kau je yg dy boleh harapkan…dah sebulan dy sakit…
Mase dy kat wad dulu..mak ada pesan kat mak anjang…jgn bg tau kau yg dy sakit..dy takut exam kau terganggu…
Dy sayang kat kau…kau lah anak dy yg boleh bg harapan yg cerak kat keluarga kau…
Uteh,kau ingat tak..mase dia dlm wad dulu…hanya Allah je yang tahu..dah nazak sgt…dada dy mcm berombak-ombak…macam kene tarik…mcm maut tu dah dekat…Izrail tu macm dah kat hujung kuku dah…
Fahmi…jage mk tu betul2..mungkin dy dah x lama..kalau dulu kau temankan dy dlm rahim dy, bertarung nyawa untuk lahirkan kau…ni…nanti kau pulak teman kan dy…dlm hujung nyawa dy…untuk bertarung nyawa untuk menyahut seruan Allah nnti…ni je la masa kau nk berbakti…”
Aku xkan lu pa jasa dy seumur hidup aku…dy lah yg memberi harapan baru bg aku…






31 Disember 2013
“Ya Allah…Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka..
Ya Allah,Ya Rahman…ya Rahim….
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,Ya Zaljalaliwalikram…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,Tuhan yang menghimpun segala kasih dan sayang…
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Amin ya Rabbal alamin…
semoga tahun baru ini membawa kegembiraan bgku...dan bagi kedua mereka...