The Filtationship

kisahhidupdibalikpelangi.blogspot.com

Sunday, 6 April 2014

The Flirtationship [part 4]




4.Permulaan Yang Indah...



▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

   T H E   F L I R T A T I O N S H I P – P A R T 4

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬





“Aduh…”

‘Alamak!!..siapa pulak yang aku langgar ni,habislah aku...’

“Eh,kau tak apa-apa ke ni??”                                        

“Tak,abang ok ke?”    
                                                                                                                                                                  “Ok”



Lelaki itu bangun lantas menghulurkan tangan untuk membantu Aiman yang sedang terduduk diatas lantai akibat perlanggaran tadi.Aiman hanya mendiamkan diri lalu tanga lelaki itu disambut dengan hati yang bercampur baur.
‘Perasaan apakah ini?,OMG!!Takkanlah sehari masuk hostel aku dah nak dah ada yang berkenan?Kau dah kenapa Aiman???’
Aiman terus bermonolog.Dia membiarkan perasaan didalam hati bercampur dengan akal fikiran yang bukan-bukan membuat seribu satu kesimpulan yang tidak dapat dirungkai.

“Budak baru ke?Form 4?”                                                                                                                                                                                                            
  “Haah,form 4,abang?”      
                                                                                                                                                  
“Hafiz,kau panggil je abang Beto…form 5,nama kau sapa?”                                
                                                                                          
     “Nick Aimaan Waffiey,panggil je Aiman…”

Hafiz menghulurkan tangan untuk bersalam tanda perkernalan bermula.Aiman menyambut tangan Hafiz.
‘Ini kebudak yang Akmal cakap kat aku tu?,yela kot’

“Kau budak Amber ke?”                                                                                                                                                                                                                               
  “Haah..depan ni la dorm saya..”Aiman menunjukkan dormnya yang terletak betul-betul di depan tangga itu.                                                

“Ohh..kau ke budak baru yang ada jumpe abang Akmal tadi?”                                                                             
    
“Haah..kenapa bang?”

Hafiz tersenyum.
‘Not bad budak ni,muka handsome,tinggi lampai,kulit,putih,body boleh tahan,taste aku…kalau dapat ni aku peluk sampai pagi,tak lepas dah…’
Fikiran nakal Hafiz mula membuat andaian tentang diri Aiman.

“Nak tanya,ada Nampak abang Akmal tak?,nak jumpa dia sekejap..”                                                                          
“Ohh…dia baru je turun guna tangga ni,tak selisih ke?”           
                                                                                                            
“Ehh yeke,tak perasan pulak,ohh..tak apalah bang nanti je lah saya jumpa dia..”                                                
 “Hrmm…yelah..by the way abang ni KR Amber,”                                                                                                          
               
“Ohh..yeke,maaf bang saya tak tahu…”                                                                       
                                                                             
“Tak pe abang tak marah pon tapi jangan la nk berabang-abang dengan aku..rasa geli pulak”                         

“Baiklah…saya ikut abang je..”                                                                                                                                                                     
“Ok lah,aku nak pergi kelas dulu…dah lambat ni,lagi satu hati-hati sikit dengan abang Akmal tu..”

Hafiz berlalu pergi dengan menuruhi anak tangga menggalkan Aiman dengan kata pesanan yang amat pelik bunyinya,
‘hati-hati dengan abang Akmal..’
‘..dah kenapa pulak ini,hish abang Hafiz ni,buat aku pening kepala pulak,kenapa dia akap macam tu?apa yang bahayanya abang Akmal tu?’
Marahnya pada abang Akmal mula mereda.Aiman duduk sendirian didalam dorm dan tidak berteman sesiapa.Setengah jam berlalu,Aiman mula berasa bosan dengan keadaan disitu.Hanya berseorangan di dalam dorm tanpa melakukan apa-apa,sesekali dia beralih ke side sebelah untuk melihat suasana sekeliling dorm.
‘Kosong’

Itulah satu-satunya  ayat yang timbul di fikirannya.Dorm yang dicat dengan rona putih ditambah dengan tida dekorasi dan sebarang hiasan dorm menambahkan lagi kesuraman dorm.Tingkap yang sedikit terbuka dengan tidak berlangsir.Tikar dorm berwarna biru muda yang terkoyak.
Apakah??

‘Baik aku pergi kelas,ambil buku kejap,takdelah boring sangat nanti’
Aiman terus keluar dari dorm AL 24 itu dan menuruni anak tangga.Menyusuri lalu berbumbung dia terus menghala ke block akademik untuk ke kelas.Aiman bercadang untuk mengambil beberapa buku matapelajaran untuk dia ulang kaji.






▬▬▬▬▬ The Flirtationship  ▬▬▬▬▬





“Assalamualaikm…”

Aiman memberi salam dengan nada yang perlahan.Setiap mata yang berada di dalam kelas itu sedang memandangnya.Seakan-akan suatu yang aneh sedang berlaku.

‘Eh,diorang ni,pelik sangat ke aku masuk kelas,ingat aku ni hantu ke nak pandang aku macam tu,lagi-lagi minah 3 ekor tu…macam tak pernah tegok orang…cucuk karang biji mata tu baru tahu..’keluh Aiman sendirian didalam hati melihat riaksi Diva Kelas mula menunjuk belang.Diva Kelas itu adalah nama yang diberikan oleh Aiman merujuk kepada Najwa,Nadia dan Sabrina dengan apa yang berlaku pagi tadi semasa sesi memperkenal diri pagi tadi.

“Eh kau buat ape ni?Bukan budak baru tak payah ikut prep ke?”Zainul mula menegur.

“Aku bosan duduk dorm sorang-sorang baik aku duduk dalam kelas,boleh gak sembang-sebang dengan korang,dapat gak kenal kawan-kawan”

“Meh la duduk dengan kitorang,boleh sembang-sembang”ajak Fazril.

Aiman menarik kerusi dari meja belakang untuk turut serta dalam kumpulan belajar itu.Kumpulan itu disertai oleh Zainul,Fazril dan dua orang pelajar yang diperkenalan di dorm 2 tadi.

Dilihat sekeliling.Matanya tertancap pada tubuh seseorang.Kamal Azman.Seorang pengawas yang menguruskan pengambilannya pagi tadi.Dia duduk di suduk tepi kelas yang agak terkebelakang.Khusyuk benar dia menelaah.Aiman hanya memandang dengan sudut mata tepi.Takut-takut ketahuan dia mengusha dirinya.

Dalam khusyuk Aiman bersembang dia sedar seseorangsedang memerhatikannya dari belakang. Adakala dia sedar memandang kearah Kamal.Tapi akan mengelak bila dia memandangnya kembali.Seringkali dia keluar dari kelas.Mungkin ke tandas.Atau cuba mengelak

Aiman mula berasa kurang senang dengan sikap Kamal.Namun dia cuba menyembunyikan rasa itu.
Lima minit berselang,Kamal keluar semula dari kelas.
Kini giliran Aiman untuk ke tandas.






▬▬▬▬▬ The Flirtationship  ▬▬▬▬▬





Aiman melepasi pintu masuk tandas di hujung blok kelasnya.
Dia membuka pili paip di singki yang paling hujung.Curahan air ditahan dengan kedua belah tapak tangan.Hampir sahaja air memenuhi tadahan tangan,ia disuakan ke muka.Dari belakang,pintu tandas dikuak dari arah dalam.Kamal keluar sambil membetulkan zip seluar dan bajunya.Dia tidak perasan akan kehadiran Aiman disitu. Agak lama dia berdiri dimuka pintu tandas.

Kamal sedikit terkejut apabila melihat kelibat Aiman di cermin tandas dihadapannya.Dia terus ke hadapan sinki untuk membasuh tangan.Sebelum itu Kamal sempat membetulkan tali lehernya  sambil bercermin.Aiman terus menghampiri Kamal.

“Hai…aku Aiman”                                                                                                                                          

Kamal hanya tersenyum.  

“Kamal”
Kamal menghulurkan tangan untuk bersalam lantas disambut laju oleh Aiman.

“So macam mana first day kat sini ok?”                                                                                                                      
“Ok..biasa je..tak ada apa-apa yang lain pon..”                                                                                                                         
“Ok la tu kalau kau cakap macam tu..”                                                                                                                                      
Aiman yang tadi berdiri agak jauh kini sudah mendekatkan dulu dengan tempat Kamal berdiri.Jarak antara mereka hanya beberapa inci sahaja.Dengan keadaan Kamal sebadang memandang cemin tandas manakala Aiman menghadap deretan tandas.

Aiman mendekatkan mulutnya ke telinga Kamal.Dia seakan-akan ingin berbisik.

“Aku perasan dalam kelas tadi kau asyik pandang aku je…kau ok ke tak ni?”

Soalan dari Aiman itu mematikan pandangan Kamal di kaca cermin yang berkilat itu.Kamal tidak tahu mahu menjawab apa.Terkedu dengan soalan yang diajukan oleh Aiman si budak baru itu.

‘Hish..dia ni dah tau ke aku usha dia.Aduh habis la aku…kalau kantoi macam mana?..kalau dia bagi tau satu kelas macam mana?..’

Kamal hanya terdiam kaku memandang cermin memanjang itu.

“Pandangan mata dapat menceritakan segala-galanya”

Kata-kata Aiman semakin aneh.Aiman terus keluar dari tandas itu membiarkan Kamal sendirian didalam tandas.Aiman berjalan lambat sambil memetik jari dan bersiul dengan perlahan.Dia seperti sedang berlagu untuk memerli Kamal atas kesilapan dia mencuri-curi pandang didalam kelas tadi.Tersenyum Aiman di pintu tandas melihat riak wajah Kamal apabila disuakan dengan soalan cepumas tadi.haha..

Aiman kembali duduk di kerusi yang sama untuk menyambung kembali sembangnya yang terputus semasa dia keluar ke tandas tadi.

Hampir lima minit barulah Kamal melngkah masuk ke dalam kelas.Aiman memandang ke arah Kamal lalu senyam diukirnya.Kamal hanya menyambut senyuman itu dengan mengalihkan mata ke arah lain.Mungkin malu atas tindakannya diketahui oleh Aiman.







▬▬▬▬▬ The Flirtationship  ▬▬▬▬▬






Malam itu kelas prep malan berjalan seperti biasa.Kelas prep malam biasanya akan diisi dengan study group.Malam ini Zainul sudah mengajak Aiman membuat study group bersamanya.Yang dia tahu Zainul akan bersama dengan Husna.Rakan study group mereka..

Tapi…

Apakah???

‘Takkan la aku satu group dengan budak pelik ni..’

Minda Aiman mula mengomel sendiri.Mungkin Aiman kurang selesa dengan tindakan Kamal siang tadi. Tapi diikhlaskan juga hatinya.Nak tak nak dia harus jugak menerima Kamal dalam kehiduapn barunya. Kalau dulu Azrin selalu menjadi peneman setianya,kini dia sudah tiada lagi.Kehidupan berasramanya baru sahaja bermula.

Permulaan study group memang agak membosankan.Namun lama kelamaan aku semakin serasi dengan mereka. Lagi rapat dengan Zainul dan Husna tapi agak kekok apabila dengn Kamal.Namun selepas setiap persoalan Aiman dijawab semua oleh Kamal dia mula teringin untuk mengenali Kamal dengan lebih rapat.

“Kamal yang ni macam mana?” Aiman bertanya sambil menunjukkan soalan matematik tambahan kepada Kamal.

“Zainul…tukar tempat aku nak ajar Aiman jap..”

Zainul dan Kamal mula bertukar tempat duduk.Aiman kini duduk bersebelahan dengan Kamal.Khusyuk benar Kamal mengajar Aiman.Tapi mata Aiman asyik memandang mata Kamal dari tepi.Cantik matanya.Rona mata yang berwarna coklat ditambah dengan alis mata yang agak melentik.Aiman seperti dapat merasakan satu perasaan aneh dalam dirinya.Sukar ditafsirkan.Dia seperti ingin mengenali Kamal dengan lebih mendalam.

Selesai Kamal menunjukkan jalan kerja Aiman kembali ke dunia reality.

Dilihatnya dibawah jalan kerja ada kombinasi abjad…

“PMDMS”

Apakah??Aiman memandang kearah Kamal.Namun pandangannya tidak dihiraukan oleh Kamal.Aiman tertanya-tanya apakah maksud kombinasi abjad tersebut??Kenapa dia menulisnya??Apakah yang cuba disampaikan oleh Kamal??Semua tanda tanya seperti sedang bermain kejar-kejar didalam akal sihatnya. Perbincangan study group malam ini diakhiri dengan persoalan yang ditinggalkan oleh Kamal.

“Kamal,malam ni Aiman teman ko duty boleh?aku ade hal lah...”

“Aku ok je…kau ok ke Aiman??”

Baru Aiman tahu bahawa Zainul dan Una adalah couple.Patut lah mereka dilihat sangat rapat oleh Aiman.
Kamal pula setiap hari rabu malam akan bertugas memastikan semua pelajar sudah meninggalkan blok akademik.Aiman pantas menggangguk perlahan tanda setuju.Aiman mengemas barang dan mengikut Kamal dari belakang.

“Kau ok tak?”

Kamal memulakan perbualan.

“Ok..kenape kau tanyer?”

“Tak ada apa..saja”

Kami melintasi tandas yang menjadi tempat perkenalan bagi mereka berdua.Dia teringat dengan kata-kata terakhir yang diungkapkannya untuk Kamal…

“Panndangan Mata Dapat Menceritakan Segala-galanya…”

Aiman senyum sendiri mengingatkan peristiwa didalam tandas itu petang tadi.Kejap....

Dia teringat sesuatu.Kombinasi abjad di jalan kerja matematik tambahan tadi.

P=Pandangan
M=Mata
D=Dapat
M=Menceritakan
S=Segala-galanya

Persoalan yang bermain kejar-kejar dimindanya sudah berhenti.Persoalan sudah terjawab.Rupa-rupanya Kamal juga perasan Aiman sedang memandangnya semasa study group tadi.Senyum semakin lebar.OK… Dia dah balas dendam…semua dah 0-0..ok faham…

Prep malam pertama yang indah dan tidak dapat dia lupakan….








~BERSAMBUNG à J



p/s:maaf lambat post,kualiti cerita masih lemah..komen banyak2 untuk penambahbaikkan siri yang akan datang..

Saturday, 5 April 2014

Apabila kita diuji...

Assalamualaikum...
salam hujung minggu kat korang~
harap korang baik-baik dengan sehat sahaja...

ni nak cerita sikit....korang pernah masuk debat@bahas?
yess...aku adalah seorang pendebat sekolah dan pernah pon mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan...
namun terkandas di separuh akhir...

bukan itu yang aku nak ceritakan...

ni pasal kawan-kawan aku..sekolah lama aku..aku latih dyorang debat 2 minggu..untuk 2 pertandingan serentak...pertandingan pertama dianjurkan oleh KPM...yang kedua pula oleh JAIS..tapi yang masalah nya tarik dekat2...KPM=2/4...JAIS=5/4..see???

masa kokoria(under KPM)..tajuk usul boleh tahan ok la..PBS mampu melahirkan generasi yang seimbang..dapat pembangkang...tapi kami kalah..dengan beza 2 mata..sedih..tahun lepas kalah 1 mata.. tapi tak kesah la sebab kami nak fokus dekat debat JAIS sebab kebarangkalian untuk menang tinggi..

Target kami adalah nak mengalahkan sekolah yang dah menjadi johan setiap tahun walaupon kami tahu kami takkan  boleh tapi atleast naib johan pon dah cukup...

Tajuk:Penggunaan Gadjet di Sekolah Meningkatkan Jati Diri Pelajar.
Posisi:Pembangkang

Aku memang dah plan sehabis baik la kan nak bangkang macam mana..sebab tajuk ni senang nak bangkang...

Tapi...

Ni yang nak cerita ni..boleh pulak sorang cikgu ntah sekolah mana ni nak tarik penyertaan kami..lepas masa kuarantin yang lain dah masuk tapi sebelum pembangkang kedua ni masuk,tangan dia ditarik oleh seorang cikgu sekolah mana tah..

Dia kata urusetia panggil dia...
Kami ape lagi gelabah la..tak cukup orang dalam 5 minit lepas tu peserta tu datang balik dikatakan penyertaan dia dibatalkan...alasan sebab dia dah masuk dia acara iaitu Syarahan dengan Debat...!!

OhhMaiigosh!!!
Apakah???

Dengan gelabah aku terus tarik seorang pelajar lelaki jugak dari sekolah aku untuk jadi pengganti sedangkan dia tak tau apa-apa..

maka perdebatan berjalan dengan sangat tidak teratur sebab pasukan pembangkang tak buat persiapan yang mencukupi..nasib baik la pembangkang ke3 boleh  cover mana-mana yang patut.

korang walau pon korang kalah aku tetap bangga dengan korang sebab korang dah buat yang terbaik... korang dah kalah dengan bermaruah sebab semua guru sekolah korang back up korang...
Pengetua sekolah korang sempat pulak marah dekat pihak pengurusan sampai semua urusetia pengurusan pertandingan terdiam...hihi..

Sebenarnya dah dipersetujui dalam mesyuarat seorang peserta boleh masuk dua acara.Tu yang pihak pengurusan mintak maaf dekat pihak sekolah...

Nampak tak???.... sangat bermaruah kan dyorang kalah???

Sampai pihak pengurusan yang mintak maaf kat sekolah diorang..

Btw..semua yang masuk debat tu dua acara~
walaupon kalah debat tapi dyorang menang acara lain:-

ketua pembangkang-nasyid lelaki (ke-3)
pembangkang kedua-Syarahan bahasa melayu perempuan (johan)
pembangkang kedua(gantian)-Syarahan bahasa melayu lelaki (ke-3)
pembangkang ke-3-Syarahan bahasa arab perempuan (ke-3)
pembangkang ke-4-Forum lelaki(ke-3)
pembangkang ke5-nasyid perempuan (ke-2)

Tahniah korang!!aku tetap bangga dekat korang~


p/s:novel Flirtationship part 4 mungkin aku post malam ni~sabar kay...



Tuesday, 1 April 2014

Hadiah Buat Yang Tiada Dari Yang Tiada.














“Aku nak kau lupakan aku”

Agak kasar suara Akmal melafazkan ayat itu pada Hakim.

“Tapi kenapa?”

Suara Hakim tersekat dalam esakan pilu yang dirasakan dalam dirinya.Sekian lama dia kan Akmal memasuki dunia cinta songsang ini.Tapi hari ini penamat yang bahagia seperi yang dia harapkan tidak kesampaian.

“Aku tahu,kau sangat cintakan aku,dan aku juga cintakan kau,kau sedar tak bahawa cinta kita ni salah disisi agama,salah dari sudut pandang kemanusiaan yang normal,dilaknat Tuhan”

Agak mendatar suara Akmal memberi penjelasan pada Hakim tentang hasratnya yang ingin berubah dari dunia cinta songsang ni.

“Baiklah,jika itu yang kau mahukan,harus apa lagi yang aku harus lakukan,Akim reda dengan keputusan Amal”

Akmal berlalu meninggalkan Hakim duduk sendirian dibangku batu dipinggir kolam sains sekolah.Hakim memerlukan waktu untuk menenangkan dirinya dengan keputusan yang telah dibuat oleh Akmal.Dia harus menerima hakikat bahawa Akmal bukan kekasih songsangnya lagi.

Dua minggu lagi pereriksaan besar SPM akan berlangsung,namun berita sedih ini tidak dapat ditanggung oleh Hakim sendirian. Air mata kekecewaan menitis dalam kelam petang di tepi kolam sains sekolah .

‘Mengapa aku diuji sehebat ini?’
‘Ya Allah tidak cukupkah kau uji aku dengan kehilangan ibu dan bapaku,mengapa kau uji pula aku dengan cinta aku ini.Aku sungguh mencintainya…’







**********






Selesai membersihkan diri Akmal terus bersiap-siap dengan baju melayu dengan kain pelikat untuk menunaikan solat Maghrib.Hari ini niatnya untuk mengimamkan solat Maghrib yang akan diadakan secara berjemaah nanti.Memang rutin kehidupan dia dan kawan-kawannya yang lain yang bersekolah di sebuah sekolah berasrama swasta itu untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Akmal selesai mengimamkan solat maghrib .Dia beralih menghadap kebelakang sedikit untuk sesi bacaan doa nanti.Dalam sibuk dia berwirid dia sempat menjeling kearaah Jemaah makmum untuk mencari kelibat Hakim.Namun hampa ,Hakim tidak kelihatan di salah satu Jemaah.

“Aiman,ada Nampak Akim tak?”

Akmal bertanya kepada Aiman yang juga rakan sedorm Hakim.Sewaktu hendak keluar dari surau.

“Entah la,aku pon tak Nampak,solat tadi pon tak ada”

“Ok,tak apa lah,weh,ikut aku cari dia jap..”

Aiman hanya mengangguk.

Hari ini Jumaat malam Sabtu,kelas prep malam tiada,diganti dengan kelas prep pagi esok.Akmal dan Aiman menuju ke kawasan blok akademik.Blok akademik merupakan kawasan larangan pada pada waktu itu,tapi mereka harus ke sana untuk mencari Hakim.

“Ehh,dia takda la dalam kelas”

Akmal yang tadi masuk ke kelas keluar semula ke kwasan koridor.Dia terjengah-jengah ke kawasan sekeliling untuk mencari kalau-kalau dia ada di sekitar.

“Petang tadi aku ada jumpa dia kat tepi kolam,takkan la dia ada kat sana lagi?”

“Ehh,jomla cari dia kat sana,mana tau dia ada kat kolam lagi ke”

Akmal dan Aiman pon berjalan pantas menuju kawasan kolam sekolah yang terletak di kawasan diantara dua makmal sains itu.





***********






“Astagafirullahalazim”

“Akim!!!”

Pilu hati Akmal apabila di melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya itu sedang terapung didalam kolam tersebut.

“Aiman kau pergi kuaters guru,panggil cikgu sesape ke,tak tak,kau panggil la Ustaz Hadi,bagi tau dia yang ada hal kecemasan,cepat sikit tau..”

Selesai mendengar arahan Aiman terus berlari pantas menuju ke kuaters guru untuk memaklumkan kejadian sambil mengangkat kain pelikatnya.

Akmal pula terus melonpat ke dalam kolam untuk cuba membantu Hakim,namun disentuhnya tubuh Hakim sudah tidak bernyawa.Di tarik Hakim ketepi kolam untuk menaikkan mayatnya.
Akmal pilu duduk ditepi mayat Hakim.Air mata menitis di pipi.

‘Ya Allah,apa yang telah aku lakukan,mengapa kau ambil nyawa Akim,mengapa kau tambahkan lagi kesedihan dalam diri aku ni,setelah aku hancurkan harapan Akim,kini kau ambil pula nyawa Akim.”

Ustaz Hadi datang bersama Cikgu Hafiz dan Aiman dengan nafas tercungap-cungap.
Kedua-duanya mengucap panjang sambil meraup wajah masing-masing.

“Astagafirullahalazim…apa dah jadi?”

Soal Ustaz Hadi.

“Kami jumpa dia dalam kolam tadi,dah tak bernyawa”

“Takpa saya dah call ambulan.Nanti kamu berdua ikut sama,jangan bagi tau sesiapa dulu kes ini.Tahu la saya nak settle…"






************





Ipoh,21 September-Seorang pelajar lelaki ditemui mati lepas didalam sebuah kolam yang terletak disebuah taman sains di sebuah sekolah disini malam tadi.Menurut siasatan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tanpa niat membunuh diri berikutan keadaan pergelangan kaki yang didapati terseliuh.

Mangsa mungkin berada di tepi kolam  sebelum tergelincir jatuh kedalam kolam.Mangsa juga,Mohammad Syawal Hakim,17(gambar)dikatakan mungkin mengalami kekejangan otot apabila jatuh ke dalam kolam sehingga arwah tidak dapat naik semula ke tebing menyebabkan mangsa mati lemas.

Mayat mangsa dijumpai oleh rakan mangsa yang enggan didedahkan namanya setelah menyedari mangsa ditak turut serta dalam solat Jemaah yang sepatutnya disertai oleh setiap pelajar.Mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Darussalam Kuala Kangsar berdekatan pusara arwah ibu dan bapa mangsa.





****************





Seminggu telah berlalu.
Semua pelajar telah mengetahui peristiwa hitam itu.
Akmal masih lagi mendiamkan diri.Begitu juga Aiman.
Mereka diminta oleh pihak pengurusan sekolah untuk tidak mendedahkan apa-apa cerita kerana mahu menjaga reputasi sekolah dan emosi pelajar lain memandangkan SPM lagi beberapa hari.

Akmal sungguh sedih.Sudah masuk beberapa hari dia sudah tidak makan.Apabila ditanya dia menjawab tidak lapar atau tiada selera makan.
Akmal sangat terkesan dengan peristiwa hitam itu.Akmal menyalahkan dirinya atas kejadiaan itu.

‘Kalau aku tak cakap pasal hubungan  kami mesti bende ni tak jadi,Akim mesti takkan mati.Aku yang salah.Aku yang patut mati,bukan Akim…’





“Amal,aku nak bagi tau kau sesuatu”

“Apa dia Akim?”

“Aku sebenarnya suka kat kau…”

“haha..kau buat lawak apa ni Akim?’

“Aku suka kau betul-betul la,aku sayang kat kau”

“Ok..kau songsang ye??”

Hakim hanya tersenyum kelat.Dia ingin mencover apa yang telah dikatakan.

“Takda lah…aku main-main je..”

“Ohh..terkejut aku…”

“Amal…nanti kau target SPM berapa?”

Hakim cuba menukar topik.

“Aku target straight A’s la…kau?”

“Aku target 5’s je.aku ni bukan pandai macam kau…”

“Hish..kau ni..semua orang sama je,takda yang pandai takda yang bodoh,yang ade orang yang rakin dengan tidak je..”

“Ye la…Aku harap sangat nak berjaya sama-sama dengan kau,aku nak sangat tegok kau dapat straight A’s nanti…”

“Yela..aku pon nak jugak bende yang sama,kita sama-sama dapat straight A’s”

“Akmal….cuba kau tengok ikan koi putih tu,cantikkan…”

“Haah..”

Akmal hanya tersenyum melihat Hakim tersenyum.

Tiba-tiba…





“Akim!!!!!”

Akmal menjerit dalam tidur.Dia terjaga dari buai mimpi yang pernah dia lalui dulu.Ketika dia duduk di taman sains dengan Hakim sambil mengulangkaji pelajaran.

“Astagafirullahalazim”

“Aku mimpi…”

Dilihat jam di dinding sudah Jam 3 pagi.Kawan-kawan yang lain sudah lena dibuai mimpi.Akmal terus bangun dari katil dan menuju meja belajar.Dia sudah tidak dapat melelapkan mata.Pagi nanti dia akan menduduki kertas ujian Biologi yang merupakan kertas terakhir untuk SPM.Barang-barang peribadi miliknya sudah pon dipack kerana selepas peperiksaan nanti para pelajar sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.



5.00 petang.
Ibu Akmal dalam perjalan ke Ipoh untuk mengambil Akmal.Bapanya sibuk berkerja hari ini dan tidak dapat menjemput Akmal sekali.Terpaksalah Puan Aminah,ibu Akmal memandu sendiri.
Sementara menunggu ibunya,Akmal duduk di tepi kolam Sains.

‘Akim,arini aku dah last paper biologi.Kau doakan aku ye,kau doakan aku dapat straight A’s macam yang kau nak ye...’

Akmal duduk diatas batu ditepi kolam.Tangannya direndam ke aie kolam.Air kolam dimain-mainkan olehnya.Jernih airnya.Selepas kejadiaan arwah Hakim tempoh hari kolam itu telah dicuci dan dibersihkan.

‘Akim,maafkan aku tau sebab suruh kau lupakan kau masa kat sini ari tu,aku bukan taknak balas balik cinta kau kat aku,tapi cinta kau ni cinta terlarang,aku harap kau dapat  bersemadi dengan tenang kat sana.Ok lah aku nak bailk ni,lain kali kita jumpa lagi ye..”

Walaupun Hakim sudah tiada bagi Akmal,Hakim tetap ada bersatu dengan Ikan Koi Putih yang tinggal didalam kolam itu.Ikan Koi Putih itulah yang sangat digemari oleh Hakim sewaktu stady group disini suatu ketika dahulu.

Namun itu semua hanya tinggal kenangan.Kenangan yang tinggal sejarah pahit dalam dirinya.

‘Selamat tinggal Hakim…’






***************





“Mama…Mama percaya tak pada cinta sejati?”

“Percaya,kenapa?”

“Taka da apa-apa,saja tanya”

Akmal terus menulis bait-bait ayat pada buku diarinya yang berwarna kelabu itu.Puan Aminah hanya tersenyum melihat anaknya itu.

Sebaik sahaja sampai di persimpangan jalan raya itu….



DRAMMMMMNNNNNNNNNNNNN………..


Kereta  Toyota Vios milik Puan Aminah telah dilanggar dari arah kiri.

KIRI????

Mata Puan Aminah sedikit payah untuk dibuka.Berat matanya untuk dibuka selepas perlanggaran.
Dalam keadaan kelam dilihat Akmal terkulai disisi kirinya.Mukanya penuh dengan percikkan darah.Puan Aminah memaksa dirinya yang agak sukar bergerak akibat perlanggaran tadi untuk membantu Akmal yang sedang diam terkaku disisinya.

“Akmal,bangan Akmal..”

“Akmal!!!!...bangun Akmal…mama ni…Akmal…”

Puan Aminah terus menggoncangkan badan anaknya.Namun tiada tindak balas dari Akmal.Puan Aminah terus mangalirkan air mata melihat anaknya yang kaku di tampat dududk penumpang.

Aiman mengalami pendarahan teruk dibahagian kepada.Darah memenuhi seganap ruang muka,namun sesuatu yang istimewa….dia tersenyum sambil erat memegang buku diari yang tadi ditulisnya.

Orang ramai mula berkerumun yang ada yang cuba membantu tapi apakan daya,hentakan perlanggaran yang teruk telah menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit.

5 minit kemudian pasukan bomba datang memberi bantuan diikuti dengan kenderaan ambulan.Pasukan bomba mengambil masa kurang 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dari bangkai kereta yang remuk akibat dilanggar dari arah kiri.




27 Novenber 2013.                                                   7.32 malam.

Mohammad Syed Akmal Haiddar Bin Syed Mukhriz telah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.Jenazah dibawa pulang ke Kangar,Perlis untuk dikebumikan.







**************





27 November 2013.

Hari ini,paper last aku,biologi,hari terakhir aku kat sekolah ni.Aku akan tinggalkan kenangan aku dengan arwah Hakim buat selama-lamanya.

Pagi tadi buat kali ke 9 aku mimpikan arwah.Setiap mimpi arwah aku pasti bercerita tentang straight A’s…kalau ini satu petunjuk aku aku akan dapat 9A,Alhamdulillah ya Allah..

Mama…Akmal sangat rindu dekat mama.Mama sangat baik untuk Akmal,mama terlalu baik untuk papa.Terima kasih buat mama sebab sudi jadi ibu yang baik dan isteri yang solehah pada kami.

Mama.kalau mama sedang baca diari Akmal ni…bermakna Akmal sudah tiada dalam dunia ini.Mungkin Akmal sudah diasana bersama dengan Hakim.Mama,Hakim inilah orang pertama yang cinta kan anak mama ini sepenuh hatinya.Kalau diberi peluang Akmal nak sangat pergi ikut Hakim ke alam sana.Akmal nak sangat buat Hakim gembira dan bahagia.Dulu Akmal tak sempat nak buat macam tu.

Mama.Cukup sekadar mama tahu bahawa Hakim meninggalkan Akmal adalah disebabkan cintanya ditolok oleh Akmal.Akmal tahu mungkin Akmal salah tapi Akmal hanya inginkan reda dari mama. Akmal nak sangat jumpa Hakim untuk balas balik cinta Akim.

Mama.kalau mama baca diari ini,mama tolong jangan nangis.Akmal sayang sangat dengan mama.Akmal tahu mama takkan benarkan Akmal pergi jauh kan…sebab mama susah nak berpisah dengan Akmal. Maaf mama kalau ketentuan maut Akmal datang dulu.Maaf juagk sebab Akmal tak sempat nak teman mama dengan papa pergi haji seperti yang Akmal janji dulu.Tapi,Akmal tetap akan ada disisi mama walau ape pon yang terjadi dan walau pon mama tak dapat sentuh kehadiran Akmal...Maafkan Akmal ye mama.

Lagi satu,Akmal dah berusaha sehabis baik untuk SPM.Kalau Akmal dapat result yang baik nanti itu  merupakan hadiah hari jadi buat mama yang akan tiba pada 21/3 nanti.Dan juga hadiah buat ulang tahun perkahwinan mama yang ke 18 pada 22/3 nanti.Harap keputusan peperiksaan Akmal nanti boleh buat mama dengan mama gembira tanpa titisan air mata...

Mama.Akmal pergi dulu ye.Hakim dah tunggu Akmal di alam sana.Izinkan Akmal pergi ye.Sampaikan salam Akmal pada papa,nenek Pah,Tok ayah dan keluarga yang lain.Katakan Akmal sangat sayang dapa mereka.

Asslamualaikum.



Akmal Haiddar






********************




Keputusan peperiksaan diumumkan sekolah mendapat 79 orang straight A’s dan dua daripadanya Straight A’s Plus.

Salah seorang daripadanya ialah…


MOHAMMAD SYED AKMAL HAIDDAR BIN SYED MUKHRIZ…



Seluruh dewan sekolah menjadi sunyi seketika.

Sebuah hadiah yang terindah dari arwah Akmal buat arwah Hakim.Mungkin mereka sedang tersenyum disana.